suria

Kek batik Hayla dihina tak sedap, Wawa Zainal tebalkan muka minta padam video

Hayla sedih apabila perniagaan kek batik diusahakan menerima kritikan.

ANAK kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa menangis selepas kek batik hasil air tangannya mendapat kritikan di media sosial.

Hayla, 9, juga tertanya-tanya kenapa kecaman yang diterima hanya di media sosial sedangkan orang di sekeliling memuji kek batik yang diusahakan sejak beberapa minggu lalu.

"Mama (panggilan Wawa) kenapa ada yang kutuk Hayla punya kek batik?

Hayla menangis bila dapat tahu kek batiknya terima kritikan.

"Saya dan semua kawan yang rasa kek batik yang dibuat ini sedap. 

"Tapi ada pula yang buat video dan cakap kek batik saya tak sedap di media sosial," katanya.

Hayla berkongsi rasa sedih itu menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Wawa di Instagram miliknya pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aeril Zafrel tiada duit nak upah pekerja, satu keluarga bantu Hayla siapkan tempahan kek batik

ARTIKEL BERKAITAN: Baru pulih sakit gastrik, Wawa Zainal diduga anak sesak nafas... Bimbang terkena penyakit Ain

Dalam pada itu, sebagai ibu Wawa meminta Hayla agar bersabar dalam menempuhi dugaan dalam perniagaan.

Meskipun sedih melihat anaknya dikecam, aktres itu sanggup menahan air mata demi menunjukkan contoh yang baik buat Hayla.

"Sabarlah jangan menangis sayang. Mama pun sebenarnya menahan air mata.

"Selalunya mama kuat tapi bab anak ini mama tewas, mama dan ayah bangga dengan Hayla, ingat tu! Kami sayang Hayla," ujarnya.

Aeril dan Wawa sokong minat Hayla.

Tidak hanya itu, Wawa juga memberitahu dia sanggup tebalkan muka dengan mesej secara peribadi kepada individu yang mengkritik produk makanan anaknya itu untuk memadam video yang dimuat naik.

"Saya sanggup tebalkan muka mesej orang itu untuk padam video sebab tak sanggup lihat anak sendiri kena hina," jelasnya.

Sebelum ini perniagaan kek batik yang diusahakan Hayla mendapat perhatian netizen di media sosial.

Malah produk makanan tersebut sentiasa habis terjual setiap kali Hayla membuka pesanan pada orang luar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain