suria

Bimbang bergaduh lagi di set penggambaran, Pekin Ibrahim elak berlakon dengan Mona Allen

Pekin (kanan) elak untuk digandingkan dengan Mona dalam drama atau filem.

BAGI mengelakkan pergaduhan antara suami isteri, pelakon Pekin Ibrahim lebih selesa untuk tidak digandingkan berlakon bersama Mona Allen.

Pekin atau Mohd Iznan Ibrahim, 44, berkata, dia mempunyai kekangan untuk menegur Mona di set penggambaran sekiranya isterinya itu melakukan kesalahan. 

“Saya okay sahaja (berlakon bersama) cuma kalau boleh saya akan elakkan. Contohnya nak tegur isteri bila berlakon, situasinya berbeza kalau saya tegur pelakon lain. 

Pekin (kanan) lebih selesa jika tidak berlakon bersama isteri.

“Jadi untuk elakkan rasa kurang senang itu, lebih baik kami tidak berlakon sama. ‘Berlakon’ sahajalah di rumah,” katanya kepada mStar

Dalam pada itu, Pekin memberitahu kali terakhir mereka berlakon dalam naskhah yang sama adalah menerusi filem Salina yang ditayangkan pada 2021.

Kata Pekin, mereka sukar untuk memberi komitmen sewaktu penggambaran filem dijalankan, selain mempunyai kekangan masa menjaga anak-anak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen diminta nasihat suami, Pekin Ibrahim bukan ‘batu api’ isu Fattah Amin cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Susah lidah Kelantan nak tukar loghat nogori... Pekin Ibrahim terbawa-bawa dialek sampai ke rumah, Mona Allen pun naik pelik!

“Saya rasa kali terakhir berlakon dengan Mona dalam filem Salina. Susah nak berlakon suami isteri ini.

“Anak tak ada orang nak jaga, lepas itu asyik bergaduh sahaja di set penggambaran kalau dengan dia (isteri),” ujarnya. 

Untuk rekod, Pekin dan Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 40, berkahwin pada 7 Disember 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Petra Pekin, 3, dan Persia Pekin yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain