suria

Syed Iqbal mahu sebar dakwah melalui muzik, Basstamam cecah 250,000 tontonan

Syed Iqbal tak sangka Basstamam terima maklum balas positif dengan cepat.

PENYANYI Syed Iqbal bersyukur apabila single solo pertamanya berjudul Basstamam menerima maklum balas positif pendengar.

Syed Iqbal atau Syed Muhammad Iqbal Jamalulleil, 24, berkata, dia tidak menyangka  muzik video lagu tersebut berjaya mencapai lebih 250,000 jumlah tontonan di YouTube dalam tempoh yang singkat.

“Alhamdulillah bila lagu Basstamam mendapat tempat di hati pendengar, saya rasa ia memberikan impak positif buat karier saya.

Basstamam sudah mendapat lebih 250,000 jumlah tontonan di YouTube.

“Tak jangka secepat ini. Dalam tempoh 11 hari saja dah lebih 250,000 tontonan di YouTube dan 80,000 pendengar di platform digital,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Syed Iqbal memberitahu, kehadirannya dalam industri seni bukan semata-mata untuk berhibur, sebaliknya mahu menyebarkan dakwah melalui muzik.

Malah, kata Syed Iqbal, dia merancang untuk mengeluarkan lagu Basstamam dalam versi bahasa Arab sepenuhnya dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merogol… Isteri sedang berpantang menangis dengar keputusan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat pendedahan dakwa diganggu Da’i Syed ketika isteri hamil

“Dalam pada memberi hiburan kepada pendengar, saya ingin menyampaikan dakwah melalui muzik.

“Kita perlukan muzik sebagai terapi. Memetik kata penyair Jalaluddin Muhammad Rumi, manusia tanpa muzik hidupnya akan hancur.

“Saya juga merancang untuk keluarkan Basstamam dalam versi bahasa Arab penuh dalam masa terdekat,” ujarnya.

Syed Iqbal mahu berdakwa menggunakan muzik.

Dalam perkembangan lain, Syed Iqbal baru sahaja menandatangani kontrak di bawah label Masyhur.

Lagu Basstamam kini boleh didengari di semua platform digital sejak 30 Mei lalu dan video muziknya pula boleh ditonton di YouTube rasmi Masyhur.

Single tersebut dicipta oleh Amir Hufaz serta Wan Saleh, manakala lirik hasil nukilan Abdulkarim Al Ali dan Wan Saleh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain