PENYANYI Isaac Voo menganggap kejayaan Lingling dipilih sebagai vokalis kumpulan Kpop baharu, KIIRAS merupakan satu kebanggaan buat industri muzik tempatan.
Sebagai seorang yang sudah berpengalaman, bagi Isaac, 30, bukan mudah buat penyanyi wanita asal Malayaia untuk mencipta nama di sana.
“Saya tumpang rasa bangga dengan pemilihan Lingling ini kerana di Korea tidak ramai calon wanita dari Malaysia.
Isaac sebelum ini pernah aktif dalam industri hiburan K-pop di Korea Selatan.
“Saya tahu ramai orang Malaysia yang berbakat tetapi kita kurang pendedahan dan tidak begitu banyak peluang untuk ke luar negara,” katanya kepada mStar.
Isac berkongsi perkara itu sebagai mengulas kejayaan Lingling dipilih sebagai ketua kumpulan dan vokalis utama KIIRAS, sekali gus menjadi penyanti K-pop wanita pertama dari Malaysia.
Dalam pada itu dia juga berkongsi nasihat agar Lingling tidak mensia-siakn peluang untuk melebarkan kerjaya di sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo teruja sertai PLKN 3.0, dapat pegang Rifle M16 pengalaman tidak dapat dilupakan
ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo peserta pertama tersingkir ‘Big Stage 5’, juri guna Imuniti X selamatkan Naufal Azrin
"Satu sahaja pesanan saya ingin sampaikan. Ia bukan perjalanan yang mudah tetapi saya percaya dia mampu lakukan yang terbaik,” ujarnya.
Lingling memulakan kerjaya sebagai pelatih di bawah syarikat hiburan terkemuka Korea Selatan iaitu YG Entertainment dan WakeOne sebelum ini pernah menyertai program realiti I-LAND 2 pada tahun 2024.
Sementara itu bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya, Isaac memaklumkan dia kini lebih memberi fokus terhadap tawaran kerja di Kuala Lumpur.
Namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap kumpulan IN2IT dan akan terus terbang ke Korea Selatan jika diperlukan.
Lingling dipilih menjadi vokalis kumpulan KIIRAS.
“Buat masa ini saya masih berada di Malaysia disebabkan tuntutan kerja di sini. Tapi kalau ada tawaran persembahan di Korea, saya akan pulang ke sana,” jelasnya.
Isaac memulan karier bersama kumpulan IN2IT sekitar tahun 2016.
Kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, dan Lee In-pyo.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube