suria

Bukan tiru abang, adik Da'i Syed minat qasidah sejak kecil... Mahir kuasai bahasa Arab

Syed Iqbal memang minat berqasidah dari kecil.

MEMILIH untuk mengeluarkan single Basstamam yang turut menyelitkan lirik berbahasa Arab, penyanyi Syed Iqbal sama sekali tiada niat mahu meniru mahupun mengikut pengaruh abangnya iaitu pendakwah selebriti Da’i Syed.

Kata Syed Iqbal atau Syed Muhammad Iqbal Jamalulleil, 24, sejak kecil dia sudah bijak menguasai bahasa itu selain mahir dalam mengalunkan qasidah. 

"Bukan nak tiru atau ada pengaruh daripada abang mahupun keluarga.

Syed Iqbal tidak meniru abangnya dalam berkarya.

"Cuma saya dibesarkan dengan lagu-lagu bahasa Arab, jadi dari kecil sudah terbiasa berqasidah,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Syed Iqbal memberitahu dia juga merupakan seorang penterjemah bahasa buat para ulama dari luar negara sebelum bergelar penyanyi. 

Justeru tidak menjadi masalah buatnya untuk memahami setiap maksud lirik yang ingin disampaikan. 

Malah bahasa Arab juga sering digunakan dalam perbualan harian bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Iqbal mahu sebar dakwah melalui muzik, Basstamam cecah 250,000 tontonan

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali aktif di IG, Da’i Syed kongsi luahan hati ditulis dalam lokap - “Yang benar ditutup, yang palsu diangkat... perjalanan masih belum tamat”

“Saya sebenarnya seorang penterjemah bahasa kepada ulama luar negara. Saya menerjemahkan bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Contohnya ulama Habib Zaid Yahya, Habib Idrus Al Aydrus, Sheikh Mukhtar Jamel dan lain-lain.

“Jati diri arab tu memang dah dipupuk daripada dulu dan saya selesa, malah jumpa kawan pun saya berbahasa Arab,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, lagu Basstamam nyanyian Syed Iqbal sudah meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di YouTube.

Single tersebut dicipta oleh Amir Hufaz serta Wan Saleh, manakala lirik hasil nukilan Abdulkarim Al Ali dan Wan Saleh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain