suria

Anak Fizo Omar rasa diabaikan, netizen pula kata biasalah anak sulung memang ‘drama’

Wan Maryam rasa Fizo dah kurang luangkan masa bersamanya.

ANAK kepada pelakon Fizo Omar, Wan Maryam meluahkan rasa sedih apabila mendakwa sudah tidak mempedulikannya berbanding adik-beradik lain.

Dakwa Wan Maryam, 8,  Fizo sudah tidak menyukai bapanya itu kerana kurang meluangkan masa bersama. 

“Awak ada ramai anak, tapi anak pertama awak fikir yang awak dah tak suka dia lagi,” katanya ringkas.

Wan Maryam dan Mawar ketika buat 'live' bersama.

Wan Maryam meluahkan perasaan sedih itu menerusi satu sesi siaran langsung di akaun milik ibunya iaitu usahawan Mawar Karim.

Sejurus mendengar luahan Wan Maryam, Mawar dengan pantas memberikan isyarat senyap agar anaknya itu tidak bercerita lebih lanjut kepada umum.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa perkara tersebut adalah normal buat anak sulung.

Malah mereka berharap orang ramai tidak cepat menyalahkan Fizo kerana aktor itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo Omar terjah sekolah jumpa anak, reaksi Maryam undang sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam terlalu rapat dengan ibu tiri... Fizo Omar syukur doa lihat hubungan erat isteri, anak termakbul

“Anak sulung memang akan rasa seperti itu, semua perkara ingat adik dapat lebih.

“Normal sebab itulah perasaan anak bila ibu bapa berpisah, bila bercerita jujur dari hati dan tidak menipu.

“Jangan kecam bapanya, semua anak sulung rasa benda sama,” tulis netizen.

mStar cuba mendapatkan maklum balas Fizo, bagaimanapun aktor itu meminta sedikit ruang kerana tidak mengetahui apa-apa tentang isu tersebut.

Wan Maryam dakwa Fizo dah tak sayangi dirinya.

Untuk rekod, Wan Maryam merupakan anak hasil perkahwinan Fizo bersama Mawar pada 2013 sebelum bercerai pada 2019.

Kemudian, Fizo kembali bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada Oktober 2021.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Wan Khaleeda, 3, Wan Umaira, 2, dan seorang lagi anak lelaki yang baru sahaja dilahirkan pada 17 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain