suria

Fattah rancang bawa Fatima pergi Disneyland tahun ini

Fatima (kanan) sebelum ini meminta Fattah untuk membawanya bercuti ke Disneyland.

PERMINTAAN anak kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya untuk ke Disneyland, Tokyo, Jepun bakal menjadi kenyataan. 

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata segala perancangan sudah dibuat dan merancang untuk membawa Fatima ke Jepun tahun ini.

Bagaimanapun Fattah menjelaskan percutian tersebut bergantung kepada jadual persekolahan Fatima. 

Fattah sudah merancang untuk membawa Fatima pergi bercuti.

“Memang saya sudah merancang (bawa ke sana) cuma Fatima sekarang sekolah, jadi kena tengok jadual dia dulu.

“Bila dah tahu jadual persekolahan, bolehlah rancang betul-betul. Insya-Allah saya akan bawa dia tahun ini ke sana,” katanya kepada mStar.

Fattah memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelantikannya sebagai duta bagi jenama air mineral NEX di Stadium Hoki, Bukit Jalil pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatima nak pergi Disneyland, Fattah Amin pula tanya kenapa tak jawab panggilan video

ARTIKEL BERKAITAN: Dua jambangan bunga buat Amira Othman, Fattah Amin dedah niat sebenar

Dalam masa sama, Fattah turut menyentuh mengenai isu berkaitan keluarga yang menurutnya lebih sesuai dikongsi secara peribadi tanpa perlu disebarkan di media sosial.

“Semuanya sudah ada dalam perancangan. Bagi saya, boleh sahaja perkara itu (hal berkaitan keluarga) disampaikan melalui WhatsApp,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video di Instagram memaparkan gelagat Fatima meminta bapanya membawa ke Disneyland, Tokyo, sekali gus mencuri perhatian netizen.

Dalam perkembangan lain, Fattah meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai duta pertama bagi air mineral semula jadi jenama NEX.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain