suria

Saiful Malaysian Idol pasang niat buat ‘comeback’, tapi sukar diterima sebab penampilan... Sekarang kerja sebagai jurusolek

Saiful pasang impian kembali bergelar penyanyi suatu hari nanti.

SELEPAS sekian lama menyepi, bekas peserta Malaysian Idol musim pertama iaitu Saiful Bakeri menyimpan hasrat untuk kembali aktif dalam industri muzik tanah air. 

Bagaimanapun impian Saiful, 39, terbantut apabila penampilannya yang dilihat menyerupai wanita sukar diterima dalam kalangan masyarakat. 

Terus memendam hati, Saiful juga menganggap belum rezeki rezeki untuk dia menyerlah sebagai penyanyi. 

Saiful masih memasang cita-cita untuk kembali bergelar penyanyi.

“Saya memang ada niat nak buat kemunculan semula, namun dengan diri saya sekarang agak sukar rasanya.

“Jadi saya anggap belum ada rezeki buat saya untuk dapat peluang itu,” katanya kepada mStar.

Berkongsi perkembangan terkini, Saiful memberitahu selepas tiada tawaran menyanyi, dia memperoleh pendapatan hasil daripada kerjaya sebagai jurusolek pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Saiful Malaysian Idol tak mahu hipokrit, nekad jadi pondan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Wanita jadian’ sengaja cari perhatian, Ucop anggap buang masa tegur kalau enggan berubah

Tambah Saiful, walaupun keinginan untuk aktif dalam industri sangat tebal, namun belum ada sesiapa yang sanggup menawarkan undangan nyanyian buatnya.

“Sekarang saya cari pendapatan hasil daripada menyolek orang, tolong kawan saya yang bekerja sebagai perancang perkahwinan.

“Tapi kalau diikutkan saya  memang nak sangat berkembang kembali dalam industri muzik, cuma memang sampai sekarang belum dapat apa-apa undangan,” ujarnya.

Saiful kini bekerja sebagai jurusolek pengantin.

Nama Saiful kembali tular selepas video dia sedang berkaraoke mendapat perhatian ramai dengan penampilannya yang kini menyerupai wanita, termasuk memiliki payudara. 

Walaupun mendapat banyak kecaman, ada juga netizen yang memuji suaranya masih merdu dan sama seperti dahulu.

Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama lslam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain