SUSULAN luahan rasa marah pelakon Riena Diana di Instagram, dia menerima banyak kiriman mesej daripada netizen yang tampil membuat permohonan maaf.
Mengakui tertekan akibat kata-kata buruk yang diterima, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, bagaimanapun berlapang dada selepas ada dalam kalangan pengikut yang mengakui silap.
Dia juga berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Perkongsian Riena sebelum ini di Instastory miliknya.
"Bila saya post story macam itu (marah), barulah semua orang nak minta maaf. Barulah semua makcik-makcik TikTok minta maaf dekat saya.
"Memang saya 'koyak' tetapi disebabkan mereka sudah mohon maaf, bagus. Ramai DM saya yang minta maaf.
"Tak mengapalah, dah salah minta maaf baguslah tapi janganlah buat lagi," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana dah puas beri muka, berang netizen sebar fitnah... Siap mengaku jadi jiran nenek
ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana sudah ada nama Islam untuk kekasih hati, Keith Foo mahu dalami agama sebelum nikah
Riena berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, Riena memberitahu dia hampir membuat keputusan untuk menyahaktifkan akaun Instagram miliknya gara-gara tidak tahan dengan kecaman netizen.
Pun begitu, selepas ramai sudah menyedari kesilapan mereka pelakon drama Kampung People itu tidak meneruskan hasratnya berkenaan.
"Bila saya biadap kata artis kurang ajar, tapi netizen boleh pula kurang ajar.
Riena tidak lagi memberi muka kepada netizen yang melemparkan kecaman terhadapnya.
"Baru saya ingat nak nyahaktif IG, saya dah koyak tapi tak mengapalah tak jadi," ujarnya.
Pada Isnin, Riena meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir netizen yang menyebarkan khabar angin kurang menyenangkan mengenai dirinya sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental sendiri.
Kata Riena, dia tidak lagi akan berdiam apabila ada pihak yang terbuka mengkritik dirinya di media sosial.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube