suria

Yazmin Aziz dan teman lelaki selamba bercium di khalayak ramai... “Dia Islam kan?”

Netizen kecam tindakan Yazmin dan teman lelaki bercium.

PENYANYI Yazmin Aziz tanpa segan silu bertindak mencium teman lelakinya, Simon Jospeh Javier selepas dinobatkan sebagai Mister National Universe anjuran Mister International Philippines 2025 (MIPH 2025) yang berlangsung di Manila pada malam Ahad.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu memaparkan Yazmin, 24, dilihat mengenakan gaun berona hitam memeluk Simon sebelum mereka saling membalas ciuman yang turut diiringi sorakan ramai.

"Ciuman pemenang Mister National Universe MIPH 2025, Simon dan teman wanitanya, Yazmin Aziz," tulisnya di ruangan kapsyen.

Yazmin gembira rai kemenangan teman lelaki.

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada netizen memandangkan Yazmin adalah wanita beragama Islam.

Mereka juga mempertikaikan kenyataan Simon yang dikatakan mahu mencium Yazmin selepas sudah bernikah.

"Simon kata dia nak cium kekasih pada hari perkahwinan mereka, dia memang tak boleh percaya!

"Mana boleh (cium) dia kan Islam? Islam atas kad pengenalan saja," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz sudah selidik ‘background’ kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz temui cinta baharu, jatuh hati pada keperibadian kekasih

Menerusi video tersebut Yazmin kelihatan begitu gembira sebaik Simon dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori itu.

Dia juga dilihat melompat beberapa kali kerana teruja dan mengucapkan kata-kata indah atas kejayaan teman lelakinya itu.

Sebelum ini,menerusi temu bual bersama mStar, Yazmin mengakui sedang menjalin hubungan asmara bersama Simon selepas berkenalan menerusi media sosial.

Katanya dia terpikat dengan sikap penyayang yang dimiliki kekasih hatinya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain