suria

Kongsi video mesra, peminat doa hubungan Ben Ali dan Nadiyah Shahab kekal bahagia

Ben (kiri) dan Nadiyah menepis dakwaan rumah tangga sedang bergolak.

PERNAH berdepan kontroversi dakwaan rumah tangga sedang bergolak, pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab akhirnya menamatkan spekulasi tersebut selepas berkongsi video bersama di media sosial. 

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram bisnes perusahaan mereka , Ben atau Nur Ali Nadzwan, 32, kelihatan mesra bersama isterinya iaitu Nadiyah, 32, menikmati menu baharu yang dilancarkan. 

Dalam hantaran tersebut, pasangan selebriti ini turut bergurau-senda sambil Nadiyah menyuapkan makanan tersebut kepada suaminya. 

Peminat rindu mahu melihat aksi mesra Ben dan Nadiyah (kanan).

Peminat rindu mahu melihat aksi mesra Ben dan Nadiyah (kanan).

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat aksi mesra Ben dan Nadia yang dikatakan sudah lama tidak kelihatan bersama. 

Peminat turut mendoakan agar hubungan pasangan itu berkekalan dan sentiasa bahagia.

"Saya sentiasa mendoakan tidak ada apa-apa yang berlaku kepada anda berdua (Ben dan Nadia) selepas melihat korang tidak bersama lagi. Alhamdulillah, teruskan bersama-sama seperti ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu Gaduh, Akhirnya Mahu Kahwin - Ben Ali

ARTIKEL BERKAITAN: Berbekalkan modal RM50, Ben Ali berniaga sebab mahu cari duit kahwin... Kini sudah ada 4 jenama bisnes

"Hey, lama tak nampak. Rindu nak tengok Nadia happy bersama dia (Ben). 

"Kami rindu nak lihat anda berdua bersama, kami sentiasa menyokong Nadia dan Ben," tulis netizen. 

Sebelum ini, timbul gosip pergolakan rumah tangga Ben dan Nadiyah apabila mereka tidak meraikan Aidilfitri bersama pada Mac lalu. 

Ben (kanan) dan Nadiyah bernikah pada November 2018.

Ben (kanan) dan Nadiyah bernikah pada November 2018.

Malah, netizen dapat menghidu pasangan selebriti 'power couple' ini juga tidak lagi dilihat kerap bersama seperti sebelum ini. 

Pun begitu, ketika ditemu bual bersama pihak media, Nadiyah menjelaskan dia dan Ben masih suami isteri serta tinggal sebumbung. 

Untuk rekod, Ben mendirikan rumah tangga dengan Nadiyah pada 10 November 2018 di The Ballroom at East Coast, Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain