suria

Demonstrasi Indonesia beri kesan besar, Inul Dararista sedih fikir nasib 5,000 pekerja

Inul turut memikirkan nasib 5,000 pekerja selepas kemelut yang melanda Indonesia.

PENYANYI dangdut Indonesia, Inul Daratista turut terkesan apabila negara kelahirannya kini bergelut dengan isu politik sehingga menjejaskan perniagaan yang dia usahakan. 

Menurut Inul atau nama sebenarnya Ainur Rokhimah, 46, situasi berkenaan bukan sahaja memberi kesan kepadanya tetapi juga ribuan pekerja yang bernaung di bawah syarikat miliknya.

“Situasi yang melanda Indonesia kini turut membuatkan saya sedih kerana banyak perkara yang terjejas termasuk perniagaan. Saya mempunyai lebih 5,000 pekerja yang turut terkena tempias disebabkan demonstrasi.

Inul bersyukur keadaan di Indonesia sudah kembali reda.

“Saya tidak ikut berdemo tetapi mengikuti perkembangan semasa apa yang sedang berlaku termasuk keadaan politik di Indonesia," katanya kepada mStar.

Inul berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pengumuman Konsert Inul Daratista Live in Malaysia Millenial Dangdut Nusantara.

Dia bagaimanapun bersyukur keadaan kembali reda selepas hampir kira-kira dua minggu ia berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista setia teman di hospital, seloroh suami kena penyakit ain gara-gara misai tebal

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza juga buat pesanan makanan bantu ‘rider’ Indonesia, harap keadaan tenang sebelum bertemu peminat

Malah penyanyi ini turut meluahkan rasa simpati terhadap beberapa ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang mana kerjaya mereka terjejas susulan kemelut tersebut. 

“Keadaan terkini semakin menunjukkan positif dan kembali reda. Harapnya semuanya kembali aman dan urusan harian dapat kembali normal,” katanya ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Inul teruja bakal bertemu peminatnya selepas hampir dua dekad tidak memgadakan konsert di sini.

Konsert yang bakal berlangsung di Setia Spice Arena Pulau Pinang pada 6 Disember turut menampilkan dua penyanyi dangdut Malaysia, Amelina dan Baby Shima.

Dari kiri: Baby Shima, Inul dan Amalina bakal mengadakan konsert pada Disember depan.

“Kali terakhir saya berada di Malaysia sebagai juri Maharaja Lawak Mega 2019. Jadi apabila dilamar, saya tidak menunggu lama untuk buat keputusan, terus bersetuju. 

"Tambahan pula dapat beraksi dengan kawan lama, Amelina dan anak didik saya, Baby Shima.

“Sudah tentu saya akan belanja goyang gerudi yang menjadi ‘trademark’ sejak awal pembabitan saya,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain