TUJUH tahun bergelar duda, pelakon Edaman Othman memberitahu dia belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Terbuka untuk mencari teman istimewa, Edaman atau Muhd Nooredaman Othman, 32, bagaimanapun menyerahakan segala urusan jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Malah secara berseloroh dia akui telah melepaskan gelaran 'Presiden Duda Malaya' kepada aktor Sharnaaz Ahmad.
Edaman mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.
"Kalau Sharnaaz sebagai presiden, saya lebih lagi sebab sudah tujuh tahun menduda. Saya sudah letak jawatan.
"Saya percaya rezeki dan jodoh di tangan Allah. Jika ada saya terima dengan hati terbuka. Namun dalam masa terdekat ini belum ada lagi," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah cinta lokasi, Qasrina Karim selesa berlakon dengan Meerqeen... Komen netizen beri kesan ketika penggambaran
ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan Thariq Ridzuwan terus diuji, minggu akhir lebih mendebarkan… “Drama ini hampir sama dengan konflik yang ada dalam novel”
Menurut pelakon drama Thariq Ridzuwan: His Treasure ini dia juga tidak pernah menutup pintu hati untuk berjumpa dan mengenali wanita lain.
Bahkan Edaman sendiri meletakkan harapan perkahwinan akan datang dipermudahkan selain dipertemukan dengan pasangan yang tepat.
"Ada usaha mencari, tetapi saya hanya ikut apa yang sudah tertulis. Berkenalan dengan seseorang itu ada, cuma belum serius.
Edaman terbuka untuk kenal hati budi wanita.
"Umur pun dah 32 tahun, ibu saya pun nak melihat anaknya mendapat kebahagiaan baru," ujarnya.
Edaman pernah mendirikan rumah tangga bersama Nadia Shafiqa Zainal pada Disember 2015 namun bercerai pada November 2018.
Mereka memiliki seorang cahaya mata bersama iaitu Tuffah Aiysah yang kini berusia tujuh tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube