suria

Syatilla ‘prank’ anak lelaki, tak sedar dah sunat

Syatilla lega anaknya berjaya lalui proses dengan lancar.

PELAKON Syatilla Melvin meluahkan rasa lega apabila anak lelakinya, Syeriv Samheizy yang baru berusia lapan tahun sudah selamat menjalani proses bersunat. 

Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 34, berkata anaknya itu tidak mengetahui tentang proses tersebut dan hanya menyedari selepas selesai.

"Syeriv dah sunat! Alhamdulillah lega dah mak hang. Bubu (panggilan Syatilla) prank kata nak mai cuci ja dah habis baru tanya saya dah potong ke bubu?," katanya.

Sam setia menemani anaknya sepanjang proses berlangsung.

Syatilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan anaknya sedang menangis.

Kata Syatilla, anaknya menangis kerana enggan menjadi yang pertama di antara kawan-kawan yang lain.

Menerusi hantaran lain dapat dilihat suaminya iaitu pelakon Shaheizy Sam turut menemani anaknya semasa proses tersebut dijalankan.

Dalam pada itu, Syatilla turut berterima kasih kepada doktor yang merawat anaknya dengan penuh prihatin selain meninggalkan beberapa pesan kepada Syeriv.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam makin nampak potensi anak bongsu, tak halang kalau jadi pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: “Merambu air mata kita dalam solat” - Syatilla Melvin sebak anak sulung tawar diri jadi imam

"Terima kasih sebab terlalu lembut dan baik dengan anak saya. Semoga Allah selalu mudahkan urusan doktor dunia akhirat, InsyaAllah," katanya lagi.

Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 8, Sarima Samheizy, 5, dan Salama Samheizy, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain