ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh meluahkan rasa bengang terhadap seorang wanita yang menuduh dia sengaja meminta bantuan orang ramai bagi menampung kehidupan bersama anaknya.
Lebih membuatkan Fara, 33, geram apabila wanita berkenaan dipercayai ada kaitan dengan Shuk menerusi pemerhatiannya di laman sosial.
“Tiba-tiba dapat notifikasi dia hina saya. Apa motif dia nak cakap begitu? Saya lihat profil peribadinya dan dia ada kongsi video bersama Shuk. Saya rasa dia merupakan salah seorang klien Shuk.

Perkongsian Fara di Instagram.
“Dia boleh hina saya, tetapi apa yang membuatkan saya sedih apabila dia bercakap tentang anak. Itu yang saya tidak boleh terima,” katanya teresak-esak menangis ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Fara sebelum ini berkongsi luahan sama dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya berserta gambar wanita berkenaan.
Rasa kurang senang mula timbul apabila wanita itu menganggap Fara meminta bantuan kewangan orang ramai dengan berkongsi kod QR di laman sosial miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh kecewa Shuk Sahar gagal hadir ke proses siasatan pengesahan cerai
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh tunjuk sijil kelahiran anak, tiada maklumat bahagian bapa... Kesal Shuk Sahar lambat daftar nikah
Kata Fara, wang tersebut digunakan bagi tujuan kebajikan membantu haiwan liar seperti yang dilakukan sebelum ini.
“Kau pergi tanya followers aku berapa ramai yang aku dah tolong selesaikan bil veterinar. Kau berani nak ganggu aku. Kau tiba-tiba komen, nak gaduh sangat dengan aku kenapa?
“Shuk tenang je kalau Nada (anak) kena hina,” luahnya.
Apa motif dia nak cakap begitu?
FARA SALLEH
Tambah Fara, dia mempunyai pendapatan sendiri bagi menampung perbelanjaan isi rumah termasuk menyara kehidupan bersama anaknya, Elaine Nada.
Malah Fara menegaskan ketika masih tinggal bersama Shuk, dia tidak pernah mengharapkan duit suami untuk keperluan peribadi.
“Aku bekerja setiap hari untuk cukupkan nafkah anak. Untuk pengetahuan kau, aku tak kikis dan jantan itu tak tanggung aku walau masa jadi isteri dia.

Kemelut rumah tangga Fara dan Shuk terus jadi perhatian.
“Masa mengandung, peti ais kosong. Aku makan mi segera ketika dia pergi outstation,” jelasnya.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang didakwa dilafazkan Shuk pada April lalu belum diputuskan oleh mahkamah.
Pasangan itu baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


