BELUM sempat berhubung antara satu sama lain, pelakon Fasha Sandha menjelaskan hubungannya dengan Nur Fazura dalam keadaan baik.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata dia masih menganggap Fazura sebagai sahabatnya meskipun pernah diserang peminat gara-gara menghadiri majlis resepsi bekas suaminya, Fattah Amin dan Amira Othman.
Jelasnya, apa yang berlaku sebelum ini berpunca daripada tindakan segelintir peminat fanatik yang terlalu beremosi.

Fasha menganggap tindakan segelintir peminat fanatik terlalu emosi.
“Sejujurnya saya tidak mahu cakap lebih sangat sebab takut nanti orang lain salah faham. Apa yang saya katakan, saya masih sahabat dia. Kami masih mengikuti antara satu sama lain. Mungkin peminat sahaja yang beremosi.
“Pada pendapat saya, Fazura mahupun Fattah telahpun ‘move on’. Mereka ada kebahagiaan dan kehidupan masing-masing.
“Kami pun sudah lama tidak berjumpa dan tidak sempat berhubung antara satu sama lain. Lebih baik kita tunggu masa yang sesuai,” katanya ketika ditemui mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Apa sudah jadi! Peminat terkejut Fasha Sandha dikatakan ‘unfollow’ Instagram Fazura
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak pernah unfollow sesiapa kerana itu bukan budaya saya” - Fasha Sandha
Fasha memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran butik baharu jenama pakaian She Dazzle pada Sabtu.
Ketika ditanya mengenai kesan insiden tersebut, Fasha enggan mengulas lanjut namun bersyukur kerana kini tidak lagi menerima serangan siber daripada peminat.
“Saya tidak mahu komen lebih, itu sahaja komen saya. Takut nanti orang kata saya lebih-lebih. Kita nak hidup harmoni sahaja.
Kami sudah lama tidak berjumpa dan tidak sempat berhubung antara satu sama lain.
FASHA SANDHA
PELAKON
“Sekarang pun Alhamdulillah sudah tiada serangan kepada saya sebab mereka tahu yang saya natural, baik dengan semua. Hidup lebih tenang dan harmoni,” ujarnya.
Dalam masa sama, Fasha meminta supaya peminat mendoakan yang terbaik buat Fazura dan Fattah demi kesejahteraan anak mereka iaitu Fatima.
“Eloklah kalau peminat doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
“Doakan keluarga mereka harmoni sahaja. Itu adalah lebih baik. Janganlah buat penilaian yang bukan-bukan.
“Sebab kadang-kadang disebabkan itu, ia boleh membuatkan orang yang tiada masalah, tiba-tiba bermasalah. Sebaiknya doakan yang baik-baik,” katanya.

Fasha mohon peminat mendoakan yang terbaik buat Fazura dan Fattah.
Sebelum ini, timbul dakwaan apabila Fasha dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram Fazura kerana dikatakan rimas dikecam dan diganggu netizen.
Ia susulan Fasha sebelum ini menghadiri majlis perkahwinan Fattah dan Amira di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor pada 11 Oktober lalu.
Menjelaskan perkara itu, Fasha memberitahu dia tidak pernah bertindak sedemikian memandangkan itu bukan budaya yang sering dilakukannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


