suria

[V] Hentikan spekulasi, Nubhan rela salahkan diri sendiri... “Orang luar hanya tahu sedikit sahaja”

PELBAGAI spekulasi tercetus sejak kemelut rumah tangga penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menjadi bualan hangat di media sosial. 

Enggan kisah peribadi terus diperkatakan, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, rela meletakkan segala masalah yang berlaku di bahunya. 

Bagi Nubhan, dia mengambil tanggungjawab penuh atas kekecohan yang berlaku di media sosial termasuk beberapa perkongsian isteri berkaitan hubungan mereka. 

Nubhan minta orang ramai tidak lagi bercakap soal rumah tangganya. 

"Berat sebenarnya, tapi saya rasa biarlah letakkan semua kesalahan ke atas saya. Perkara ini bukan mudah nak fokus. Macam-macal hal yang terjadi. 

"Cukup-cukuplah sebab apa sahaja cerita yang keluar adalah antara saya dan dia. Orang luar hanya tahu sedikit sahaja. Selebihnya biarlah saya simpan," katanya kepada mStar. 

Nubhan ditemui selepas tamat konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) pada malam Ahad. 

ARTIKEL BERKAITAN: Makin panas! Tular mesej peribadi Dr Afifah tentang dakwaan tuntutan RM5 juta daripada Nubhan… “Kami tak bodoh, memang aku layak dapat” 

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah rayu Nubhan pilih jalan damai demi anak-anak... “Dulu sayalah penyokong terbesar awak”

Menurut Nubhan, dia juga mengambil langkah untuk tidak terus memberi sebarang komen berhubung isu rumah tangga kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan. 

"Semua ini patut dihentikan. Saya mahu memberi fokus kepada anak-anak dan GV12. Berilah saya ruang dan peluang untuk teruskan tanggungjawab. 

"Saya tidak mahu bercakap lagi tentang isu rumah tangga sebab ini tidak akan membawa apa-apa kebaikan," ujarnya. 

Berilah saya ruang dan peluang untuk teruskan tanggungjawab

NUBHAN 

PENYANYI 

Sebelum ini Dr Afifah sering meluahkan perasaan tentang isu rumah  tangga mereka sehingga menarik perhatian banyak pihak. 

Tidak cukup dengan itu, timbul pula orang ketiga yang mendakwa tahu akan segala cerita tentang perkahwinan mereka dan secara terbuka berkongsi di sosial media. 

Sedar akan perkara tersebut, Nubhan meminta orang ramai tidak lagi membuat sebarang dakwaan yang akhirnya boleh menimbulkan pelbagai persoalan. 

Nubhan memfailkan pengesahan cerai terhadap Dr Afifah. 

"Saya tahu apa yang berlaku sebab ia diperkatakan di media sosial, tapi untuk baca secara  terperinci itu tidak sebab saya memilih untuk  fokus kepada GV12. 

"Hentikahlah segala spekulasi dan permainan media sosial. Kisah rumah tangga hanya saya dan dia sahaja tahu," jelasnya. 

Nubhan sebelum ini memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. 

Nubhan mahu beri fokus terhadap penyertaannya di pentas GV12. 

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama. 

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain