PENYANYI Datuk Elaine Kang memberi bayangan mahu menarik diri daripada terus menyertai program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) selepas berdepan masalah kesihatan.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat selepas Elaine membuat persembahan pada minggu kedua GV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) padq malam Ahad.
“Saya dah 45 tahun dalam industri seni. Mungkin selepas ini saya tak boleh menyanyi lagi. Doktor saya ada di atas sana,” katanya.

Elaine membawakan lagu Angan Angan nyanyian Raja Ema.
Pada minggu kedua, Elaine mempersembahkan lagu Angan-Angan yang dipopularkan oleh Raja Ema.
Bagaimanapun sebutannya menyampaikan lagu bahasa Melayu itu kedengaran kurang jelas sekali gus mendapat komen daripada juri.
Kelemahan itu turut membuatkan persembahannya kedengaran sedikit tidak kemas dan kurang bertenaga.
ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan sertai GV12 di saat rumah tangga bergolak, Mark Adam dan Usop Wilcha antara peserta bertanding
ARTIKEL BERKAITAN: Rahmat Ekamatra aktif menyanyi di Johor, sertai GV12 untuk lebih dikenali
Elaine bagaimanapun tidak mendedahkan penyakit sebenar yang dialami.
Kenyataan dibuat itu nyata mengejutkan banyak pihak termasuk barisan juri.
Pendedahan yang dibuat Elaine turut membuatkan juri tetap yang juga pengarah muzik, Datuk Ramli MS mengumumkan tiada penyingkiran pada minggu kedua GV12.

Elaine (tengah) diberi peluang untuk menyanyikan lagu pilihannya pada minggu ketiga GV12.
Malah dia turut memberi peluang buat Elaine menyanyikan lagu berbahasa Cina dalam persembahan minggu hadapan.
“Awak masuk GV kami sangat hargai. Kita tak pernah dera artis.
“Minggu depan nyanyi lagu berbahasa Cina,” ujarnya ketika memberi komen.

Elaine mengejutkan ramai dengan pengumuman dibuat.
Bagi memberi semangat, Hetty Koes Endang selaku juri turut naik ke atas pentas dan memeluk Elaine sebagai tanda sokongan dan memintanya untuk terus bertahan.
Pada minggu kedua GV12 Elaine menyanyilkan lagu berjudul Angan Angan yang dipopularkan oleh Raja Ema.
Untuk rekod, pada minggu pertama Elaine tidak menampilkan persembahan yang memberangsangkan apabila berada di kedudukan tiga terendah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


