VOKALIS kumpulan Floor 88, Ayie Ilham berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Ayie atau nama penuhnya Nik Fadlee Elhamshah, 28, berkata isterinya, Tasha Awie bersalin seminggu awal namun bersyukur kedua-duanya dalam keadaan baik.
"Isteri saya bersalin seminggu awal dan semunya berjalan dengan lancar. Lebih tersentuh harapan isteri nak bersalin secara normal tercapai semasa melahirkan anak kedua," katanya ketika dihubungi mStar.

Ayie dan isteri pilih nama Nada Aurora untuk anak kedua.
Menurut Ayie, bayi perempuan yang diberi nama Nada Aurora itu bagaimanapun masih perlu mendapatkan rawatan di hospital ketika ini.
"Buat masa sekarang masih lagi di hospital kerana ada kuning dan perlu tambah okigen sikit sebab anak saya agak berat iaitu 3.8 kilogram (kg) dan keluar normal jadi perlu sedikit masa.
" Tapi sekarang Alhamdulillah kesihatan dia pun sudah semakin baik, InsyaAllah akan keluar hospital dalam minggu ini," tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak kedua lebih mencabar, isteri selalu minta urut... Mujurlah Ayie Floor88 dah ada pengalaman
ARTIKEL BERKAITAN: "Baby girl lagi!" - Ayie Floor88 bakal timang anak kedua November depan, dah siap ada nama
Dalam pada itu, Ayie memberitahu dia masih lagi sibuk dengan tuntutan kerja namun berusaha untuk mencuri masa buat isterinya.
Jelasnya, sepanjang bekerja isterinya akan ditemani ahli keluarga serta confinement lady (CL).
"Kerja masih berjalan seperti biasa. Walau jauh mana kerja itu saya akan cuba balik hari. Sebelum ini dari Johor pun, saya akan balik dan melawat isteri di hospital.
"Tapi sementara saya keluar bekerja isteri akan dijaga oleh ibu dan balik rumah nanti akan ada CL yang jaga.

Ayie sentiasa curi masa untuk anak dan isteri.
"Kerja itu satu rezeki dan saya tak boleh tolak tapi kena pandai susun jadual dengan baik," luahnya.
Untuk rekod, Ayie dan Tasha sah bergelar suami isteri pada 20 Oktober 2021.
Pasangan ini mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Nayla Amanda yang kini berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


