suria

Suria FM umum penjenamaan semula, misi dekati golongan muda… Perkenal tagline ‘Muzik & Jiwa’

Suria ubah tagline serta nama segmen menjelang strategi bagi tahun 2026.

SURIA FM kini memasuki era baharu apabila stesen radio itu mengumumkan penjenamaan semula bermula hari ini.  

Transformasi besar itu melibatkan perubahan tagline, nama segmen serta identiti visual yang diperbaharui bagi memastikan Suria terus kekal relevan, moden dan dekat di hati pendengar masa kini. 

Pelancaran rasmi tersebut merupakan langkah strategik Suria untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai radio pilihan utama di Malaysia sekali gus menarik minat pendengar muda.

Selari dengan hala tuju, Suria memperkenalkan tagline baharu iaitu ‘Muzik dan Jiwa’, menggantikan tagline sebelum ini iaitu ‘Segalanya Hiburan’. 

Morning-Morning Suria kini dikenali sebagai Pagi On Suria.

Tagline itu dipilih bagi menonjolkan kekuatan asas Suria yang sinonim dengan pilihan muzik merangkumi lagu-lagu 90-an hingga kini. 

Perkataan ‘Jiwa’ yang digunakan dalam tagline itu melambangkan semangat Suria yang bukan sekadar menyajikan hiburan, tetapi turut menyebarkan aura positif, kasih sayang dan keikhlasan dalam setiap penyampaian.

Dalam masa sama, beberapa segmen utama Suria turut menerima nama baharu yang lebih segar dan mencerminkan personaliti penyampainya. 

Morning-Morning Suria kini dikenali sebagai Pagi On Suria, Gaya Suria pula diberi wajah baharu sebagai Vibe Suria, manakala Muzik Top Suria ditukar kepada Playlist Suria. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pickleball jadi simbol erat mStar, Suria FM... Rai ulang tahun dengan aktiviti sihat bersama selebriti tempatan 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cabaran lawan boling permulaan ulang tahun mStar, Suria… Lebih meriah artis jadi pemain import

Segmen Suria Petang turut menerima nama baharu yang dikenali Chill Petang Suria. 

Bagi segmen Kafe Suria dan Suria Cinta dikekalkan kerana menjadi pilihan dan identiti tersendiri dalam kalangan pendengar.

Menjelang pelancaran rasmi tersebut, Suria telah mengadakan majlis pra-pengenalan ‘Inilah Suria’ pada 12 November lalu. 

Chill Petang Suria

Suria Petang kini dikenali sebagai Chill Petang Suria.

Majlis yang menghimpunkan rakan media, klien dan rakan strategik itu menampilkan tayangan eksklusif mengenai inisiatif Suria untuk tahun 2026. 

Melalui pembentangan tersebut, Suria menonjolkan visi untuk berkembang bukan sahaja sebagai stesen radio, tetapi sebagai sebuah jenama menyeluruh yang berjiwa muda dan dekat dengan rakyat. 

Transformasi Suria kali ini turut merangkumi pembaharuan dalam kandungan radio dan pengukuhan pengalaman digital yang lebih interaktif. 

Usaha ini dibuat bagi memastikan Suria terus relevan di semua platform, sama ada di udara, aplikasi atau media sosial, seterusnya kekal menjadi pilihan utama generasi baru dan lama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain