suria

“Macamlah kita hamak sangat nak tengok dada dia” - Penonton geli lihat penampilan Que Haidar di GV12, Ramli MS tegur pun tak jalan

Penampilan Que dianggap tidak menghormati program televisyen dengan tontonan umum.

KEMUNCULAN pelakon Que Haidar di konsert minggu ketiga program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada malam Ahad menimbulkan pelbagai reaksi termasuk rasa kurang senang sesetengah pihak terhadap pemakaiannya yang mendedahkan bahagian dada. 

Kecoh menjadi bualan di media sosial, ada yang menganggap Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45, tidak menghormati perjalanan acara berkenaan. 

Apatah lagi program GV12 merupakan tontonan umum yang disiarkan secara langsung di televisyen. 

Luahan rasa kecewa penonton. 

"Que Haidar ni bengap ke bodoh? Gegar Vaganza ini rancangan keluarga tau tak. Kau memang tak reti pakai baju pasang butang sampai atas ke? Rancangan ni ada etika pemakaian brader.

"Menyampah tengok. Elok dah dia butang, pergi buka balik. Nak tunjuk apa pun tak tahu. Baik tak payah pakai baju. 

"Macamlah kita hamak sangat nak tengok dada dia. Geli... maaf cakap," komen beberapa netizen meluahkan kekecewaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Telinga pekak sebelah, Shae tidak pernah patah semangat menyanyi 

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya, saya degil!” - Elaine Kang enggan hampakan peminat, tak jadi tarik diri… Ada doktor pantau setiap minggu di MBSA

Rasa menyampah penonton turut diluahkan apabila wajahnya sering kali terpapar di skrin kerana duduk di bahagian belakang juri sepanjang program berlangsung. 

Que muncul pada acara tersebut sebagai kejutan ketika pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Sheryy Alhadad menyampaikan lagu pembukaan berjudul Jamilah yang dipopularkan oleh penyanyi Jamal Mirdad. 

Dia juga mendapat sorokan ramai penonton yang hadir di Auditorium Majlis Badaraya Shah Alam (MBSA) apabila setiap kali wajahnya terpampang di skrin. 

Que juga muncul membuat kejutan sempena sambutan ulang tahun kelahiran Sherry. 

Ketika di pertengahan program, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS secara spontan menegur dan kemudian pelakon itu bertindak menutup kembali bahagian dada yang terdedah. 

Namun perbuatannya itu tidak bertahan lama dan Que sekali lagi dilihat sengaja membuka sebahagian butang bajunya. 

Nama Que juga sebelum ini menjadi bualan selepas dia membuat video parodi lagu Jamilah yang memperlihatkan dirinya terbaring di atas katil tanpa berbaju.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain