suria

Nafi spekulasi hamil anak kelapan, Ayu Raudhah tak rancang tambah zuriat… “Cukup dah tujuh ini”

Kecoh Ayu didakwa hamil anak kelapan.

PELAKON Ayu Raudhah hanya mampu ketawa apabila tular sebuah video di TikTok yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang sarat hamil anak kelapan.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Ayu atau nama penuhnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 40, menegaskan video tersebut adalah rakaman lama yang dikongsi semula oleh individu tidak dikenali.

"Saya pun tak tahu fasal video itu, yang mana satu? Taklah, saya tak mengandung. 

Antara babak video yang tular.

"Itu video lama yang tiba-tiba keluar semula," katanya ketika dihubungi mStar.

Ayu turut memaklumkan bahawa dia tidak merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

"Saya pun tak ingat dah tujuh kali mengandung dan mana satu videonya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Raudhah selamat bersalin anak ketujuh, timang cahaya mata lelaki

"Tak kot (tambah cahaya mata). Alhamdulillah, cukup dah tujuh ini," ujarnya.

Mengulas lanjut, Ayu berkata dia juga tidak pasti niat individu yang memuat naik kembali video lamanya itu namun akan meneliti akaun tersebut.

"Saya tak tahu siapa yang buat semua itu. Kalau bukan sebab panggilan ini, saya memang tak tahu langsung. 

"Saya akan tengok dulu video-video itu, kemudian baru saya fikir nak ambil tindakan apa," tambahnya.

Ayu dan Zaquan bersama enam orang anaknya di pusara anak ketujuh.

Sebelum ini, tular di TikTok rakaman video memaparkan Ayu dilihat sarat mengandung sedang bersiap di dalam kereta sambil ditemani suaminya, Zaquan Adha.

Menjengah ke ruangan komen video itu dibanjiri dengan pertanyaan netizen sekiranya Ayu sedang hamil anak kelapan.

Untuk rekod, Zaquan dan Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel,  Muhammad Aisy Al Qaisy dan Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain