suria

[V] Meerqeen belum tinggalkan Malaysia, tawaran ke Hollywood hanya gurauan

KHABAR angin kononnya pelakon Meerqeen bakal meluaskan kerjaya ke Hollywood akhirnya terjawab apabila aktor berkenaan menganggap perkara tersebut hanya salah faham. 

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, menjelaskan dakwaan itu hanyalah sekadar gurauan yang dilakukan bersama sahabatnya iaitu penyampai radio Era FM, Fazziq Muqris. 

Bagaimanapun, Meerqeen tidak menolak sekiranya hasrat ke sana menjadi kenyataan kerana ia merupakan impian bagi setiap pelakon. 

Meerqeen mahu memberi fokus kepada projek terbaharunya.

“Mana ada saya nak pergi Hollywood, siapa cakap? Yang hubungi saya itu Fazziq dan itu gurauan dengan kawan-kawan.

“Tapi kalau ada rezeki sudah pasti saya akan pergi. Itu impian semua pelakon, tak kisahlah di Malaysia atau seluruh dunia, memang itu (Hollywood) adalah destinasi terakhir untuk karier seorang artis. 

"Kalau ada insya-Allah tapi untuk masa sekarang itu hanyalah gurauan,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen rehat sembilan bulan, siapkan diri untuk watak baharu… Mahu tampil berbeza

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen sanggup ambil risiko, kurang bergaul di set demi ‘Thariq Ridzuwan’

Meerqeen berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Klepet yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada malam Khamis. 

Dalam masa sama, Meerqeen mengakui dia kini sibuk membuat persiapan bagi projek filem terbaharu lakonannya. 

Jelasnya, ketiadaannya di media sosial bukan kerana mahu menjauhkan diri, sebaliknya sekadar ingin memberikan kejutan kepada peminat.

“Untuk persiapan filem seterusnya, banyak yang saya tengah prep sekarang tapi bukan Hollywood.

“Saya diam dan tak berkongsi di media sosial bukan mahu menjauhkan diri atau apa.

Meerqeen mahu memberi fokus terhadap projek terbaharunya.

Meerqeen mahu memberi fokus terhadap projek terbaharunya.

"Cuma saya nak orang nampak perubahan diri saya sewaktu memainkan watak untuk projek seterusnya sahaja. Saya nak bagi kejutan untuk peminat saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen muncul dalam filem Klepet yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 27 November ini. 

Selain Meerqeen, Klepet turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Aeril Zafrel, Joey Daud dan Eric Fuzi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain