suria

Sharnaaz Ahmad ‘sound’ duda ikut trend Jamilah… “Kita bukan terdesak!”

PELAKON Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik mengikuti trend lagu Jamilah yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Sharnaaz, 40, secara berseloroh berkata mana-mana individu berstatus duda yang memuat naik video mengikuti trend tersebut akan digugurkan serta-merta daripada ‘persatuan’.

"Kepada semua ahli dan prospek Persatuan Duda-duda Malaysia (PDDM). Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu anda akan digugurkan dan disenarai hitam serta merta dari persatuan," katanya.

Sharnaaz turut memberi teguran kepada trend Jamilah.

Dia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Menurut Sharnaaz, trend berkenaan seolah-olah memberi gambaran bahawa lelaki duda terlalu terdesak untuk mencari pasangan.

"Kita duda tapi bukan terdesak, kita ada gaya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sharnaaz Ahmad selesa kekal sebagai ‘Presiden Duda Malaya’, biarkan jodoh datang sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Pastikan yang menang berkualiti” - Sharnaaz Ahmad harap juri tak terpengaruh kejayaan luar negara

Trend lagu Jamilah itu mula tular selepas pelakon Que Haidar memuat naik video dirinya berbaring di atas katil tanpa berbaju sambil menyanyikan lagu popular nyanyian Jamal Mirdad. 

Fenomena tersebut kemudiannya diikuti ramai selebriti dan pengguna media sosial lain terutama di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain