PENYANYI dan pelakon Daiyan Trisha meluahkan rasa penat melayan pelbagai khabar angin yang tidak benar melibatkan dirinya.
Daiyan, 31, berpendapat individu yang sejak awal membenci tidak akan mengubah pandangan mereka walau apa pun penjelasan diberi.
“Pada tahap ini, saya memang dah malas nak betulkan apa-apa khabar angin bodoh tentang saya. Lagi teruk bila ada kata-kata yang orang tuduh saya cakap dalam situasi yang saya sendiri tak pernah hadir pun.

Perkongsian Daiyan di Threads.
“Orang yang memang komited nak benci kita, mereka akan percaya saja apa-apa cerita negatif tak kisah dari sesiapa pun,” katanya.
Daiyan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thread miliknya.
Kata Daiyan, dia membuat keputusan itu kerana ingin menjaga kesihatan mental dan fokus terhadap perkara lebih penting dalam hidup serta kerjayanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka alergi makanan laut… Daiyan Trisha dedah punca selalu sakit perut, kulit breakout
ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Inggeris bawa tuah buat Daiyan Trisha... “Kali pertama rasa dihargai sebagai penyanyi”
“Saya tak nak bazirkan tenaga. Kalau nak percaya benda mengarut tu, silakan yang penting, tinggal saya jauh-jauh dan jangan kacau hidup saya,” katanya lagi.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenarnya memuat naik kenyataan seperti itu.
Namun sebelum ini, Daiyan pernah terpalit dengan khabar angin dirinya menjadi isteri keempat individu yang berpengaruh.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


