KUMPULAN Dolla tidak merancang untuk merakam semula muzik video lagu berjudul Question selepas ia diturunkan di saluran YouTube susulan kontroversi penampilan mereka.
Menurut Angel, 25, keputusan itu diambil atas beberapa faktor terutama kos perbelanjaan besar sekiranya melakukan rakaman semula.
Pun begitu, Angel memberitahu video berkenaan masih lagi boleh ditonton oleh peminat mereka di luar negara.

Dolla masih ada peminat di luar negara.
"Kami tiada perancangan untuk merakam semula kerana kami tahu ada penonton luar negara.
"Setakat hari ini, saya rasa sudah 400,000 tontonan untuk video tersebut di luar negara.
"Tapi untuk peminat di Malaysia masih ada video latihan menari untuk lagu Question," katanya kepada mStar.
Angel berkongsi perkara itu ketika ditemui di Fan Meeting bersama kelab peminat, iDolla yang berlangsung di Bandar Sunway, Selangor pada petang Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lorenzo Irmann akur MV Dolla diturunkan… “Cuma kesal tak dapat nak tengok lagi”
ARTIKEL BERKAITAN: Dolla mohon maaf, konsert batal akibat permit dan kelulusan tak siap
Tambah Angel, dia turut berbesar hati apabila peminat di luar negara meniru kembali tarian yang mereka hasilkan dan memuat naik di media sosial sekali gus dapat mempromosikan lagu berkenaan.
Jelasnya, usaha untuk meniru setiap kata lirik lagu dalam bahasa Melayu bukan sesuatu perkara yang mudah.
"Kami sangat bersyukur sebab lihat ramai yang lakukan video menari ikut muzik video.
"Usaha mereka menyunting video dan lip sync bukan sesuatu yang mudah. Saya rasa peminat di luar negara macam Jerman dan Rusia perlu belajar bahasa kita," ujarnya.

Dolla hargai sokongan peminat.
Sementara itu, Sabronzo pula percaya keputusan berkenaan adalah sesuatu yang baik untuk mereka.
Katanya, keputusan berkenaan membuatkan mereka lebih matang dan fokus ke hadapan.
"Kami percaya menurunkan video adalah usaha terbaik yang kami lakukan. Sekarang ini kami hanya mahu fokus ke hadapan," ujarnya.
Sebelum ini, Dolla akur dengan teguran ramai dan syarikat pengurusan Dolla, Universal Music Malaysia bertindak menurunkan semula MV tersebut di semua platform digital.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


