suria

Salam dan peluk saat serah Hawra Uqaira, sikap adik ipar terhadap Kamal Adli raih perhatian

Hubungan Kamal dan adik ipar masih baik.

PERKONGSIAN video pelakon Kamal Adli yang memaparkan anaknya, Hawra Uqaira dan adik ipar menjadi perhatian ramai memandangkan konflik rumah tangga aktor itu bersama Uqasha Senrose masih belum berakhir.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, adik iparnya sempat bersalaman dengan Kamal selepas menyerahkan Hawra dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Perkara itu meraih pujian netizen yang rata-rata  memuji hubungan baik yang masih terjalin. 

Kamal ketika bertemu adik ipar dan anaknya.

"Baik saja adik Uqasha dengan abang iparnya. Faham-faham jelah kenapa adik dia masih okay.

"Setengah adik tak masuk campur lagi-lagi adik lelaki,tapi kalau abang ipar suka pukul, adik tak boleh buat biasa.

"Bagus adik Uqasha ini hormat abang ipar dia, nampak bonding salam dan peluk," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “New year paling tak best” - Kamal Adli

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli rindu anak, netizen sebak kenang nasib hidup tanpa ‘hero’… “Hawra mesti rindu sosok seorang ayah”

Dalam masa sama, Kamal juga dilihat teruja dapat bertemu kembali dengan anaknya sambil meluahkan rasa rindu pada Hawra.

"Dia merajuk tapi rindu, dia jual mahal tapi dia nak. Maaf Hawra. Video terakhir jumpa hari itu, sumpah saya rindu awak sangat anak," katanya.

Kemelut rumah tangga Kamal dan pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu. 

Antara komen yang ditinggalkan netizen di Instagram.

Namun, pada 18 Disember 2025, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat. 

Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga. 

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain