suria

Janna Nick jadi inspirasi buat Puteri Sarah, kini bergelar pelajar ijazah sarjana

Janna (kanan) memberi semangat buat Puteri Sarah menyambung pengajian.

PELAKON Puteri Sarah Liyana memberitahu dua orang sahabat baiknya menjadi inspirasi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin, 41, berkata salah seorang individu berkenaan ialah aktres Janna Nick yang kini sedang menyambung pengajian di United Kingdom.

Tambahnya, semangat yang ditunjukkan oleh dua sahabat berkenaan membuatkan dia berasa teruja untuk mengikut jejak langkah mereka.

Puteri Sarah berkongsi berita baik menyambung pengajian. 

“Saya mengakui terinspirasi dengan dua sahabat baik saya, Janna dan Sudir yang menyambung pengajian mereka.

“Semangat itulah yang membuatkan saya teruja untuk sambung pengajian peringkat sarjana,” katanya.

Puteri Sarah menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak galak anak-anak jadi artis, lebih utamakan pendidikan... "Saya mahu Sumayyah bergelar doktor, Syaikhul minat bidang kejuruteraan" 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kawal emosi, bertindak bijak” – Puteri Sarah titip pesanan buat Dr Fie

Dalam satu hantaran lain, Sarah turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama Janna selama 14 minit.

Sebelum itu, Puteri Sarah berkongsi permulaan baharu dalam hidupnya bagi tahun 2026 dengan menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Tahun 2026 menjadi satu permulaan baharu buat Puteri Sarah. 

Dia memulakan kuliah bagi pengambilan Januari 2026 di Innovative University College.

“Permulaan terbaik untuk tahun 2026 buat saya. Kita jadi pelajar semula.

“Doakan saya semoga berjaya dalam pengajian sarjana,” tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain