suria

Kerja ‘all out’ selagi masih laku, Fasha Sandha bersedia hadapi segala kemungkinan jika karier makin suram

Fasha sudah ada perancangan masa hadapan.

TIDAK mahu mensia-siakan populariti yang dimiliki ketika ini, pelakon Fasha Sandha mengakui dia sudah lama membuat persediaan daripada segi mental dan kewangan sekiranya satu hari nanti kerjaya seninya mula suram. 

Menurut Fasha, 42, faktor usia serta pengalaman hidup membuatkan dia kini lebih berfikir jauh ke hadapan, terutama dalam merancang masa depan keluarga.

“Alhamdulillah saya sudah bersedia melaluinya sebab umur pun sudah berapa. Kalau selepas ini kerjaya ‘slow down’, sekurang-kurangnya saya sudah ada persiapan.

Fasha sentiasa bersedia tentang masa depan.

“Sebab itu sekarang saya kerja ‘all out’. Selagi orang masih percaya saya, saya ambil kepercayaan itu,” katanya kepada mStar.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak menafikan jadual kerjanya yang padat menyebabkan dia kurang meluangkan masa bersama anak-anak. 

Disebabkan kesibukan tersebut, ada kalanya suaminya, Aidil terpaksa datang ke lokasi penggambaran untuk bertemu dengannya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hero diejek tak kacak, Fasha Sandha pertahankan Firdaus Karim - “Beri dia peluang”

ARTIKEL BERKAITAN: Mental kena kuat, Fasha Sandha sukar lupakan kejadian anak berguling tidak mahu ditinggalkan

“Kadang-kadang tidur pun tak cukup. Saya keluar rumah pukul 6 pagi dan balik tengah malam, anak-anak pun sudah tidur. Itu memang selalu jadi.

“Mungkin rezeki cukup, tapi masa yang tak cukup. Saya selalu pesan pada anak-anak supaya faham, ibu dan ayah sibuk untuk mereka.

“Kadang Aidil datang jumpa saya di lokasi, kadang saya pula yang pergi. Itu sahaja cara kami luangkan masa,” luahnya.

Saya tak nak bila dapat bayaran, semuanya habis untuk pergi sana sini dan akhirnya hidup dalam hutang.

FASHA SANDHA

PELAKON

Tambah Fasha, dia percaya setiap pengorbanan yang dilakukan hari ini pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang.

Jelasnya, prinsip hidup yang dipegang sejak dahulu adalah mengumpul simpanan dan aset terlebih dahulu sebelum menikmati kesenangan.

“Saya percaya bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Saya tak nak bila dapat bayaran, semuanya habis untuk pergi sana sini dan akhirnya hidup dalam hutang.

“Saya lebih selesa kumpul duit dan aset dulu, baru fikir untuk bersenang-senang,” jelasnya.

Fasha kini dilantik sebagai duta losyen Mustajab.

Dalam perkembangan lain, Fasha dilantik sebagai duta Dunia Herbs kerana personalitinya yang positif dan konsisten selari dengan identiti jenama berkenaan.

Menurut Pengarah Dunia Herbs, Wan Noramira Wan Rosdi, kehadiran Fasha dapat melonjakkan lagi jualan losyen Mustajab kerana komitmen positif selain sentiasa menyumbang idea dan input yang bernas bagi memperkenalkan kebaikan losyen keluaran terbaharu itu.

“Fasha Sandha adalah seorang pelakon terkenal tanah air yang lakonannya dipuji dan mendapat sambutan oleh pelbagai peringkat penonton. Ia secara tidak langsung menunjukkan kesungguhannya dalam melakukan sesuatu.

“Saya melihat Fasha Sandha dan Dunia Herbs mempunyai keserasian dan secara kebetulan kami berkongsi nilai yang sama iaitu konsisten dan kekal relevan dalam bidang masing-masing,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!