PELAKON Siti Saleha berkongsi kegembiraan apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama. Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 36, memuat naik video dikurniakan anak lelaki yang dinamakan sebagai Indra. "Anak kami telah dilahirkan. Saleha belum berkongsi wajah anaknya. "Hello, nama saya Indra," tulisnya pada ruangan kapsyen. Saleha bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci tarikh dia melahirkan anaknya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha bakal timang anak lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Lama simpan rahsia, Siti Saleha umum hamil anak sulungUntuk rekod Saleha mendirikan rumah tangga dengan Joshua Fitton pada 15 Februari 2025. Pada Mei tahun lalu pasangan itu mengumukan mereka bakal menimang cahaya mata pertama. Saleha kemudian memakumkan dia bakal menyambut kelahiran bayi lelaki dalam dalam satu majlis gender reveal.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube