PELAKON Abby Abadi tampil mempertahankan diri susulan kontroversi rumah tangga melibatkan anaknya, Marissa Dania dan Ahmad Aslam yang turut mengheret namanya serta isteri pertama lelaki itu, Umisya Mazlan.Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh atau memetik nama Umisya. Menurutnya, sejak awal lagi dia juga tidak pernah merestui hubungan tersebut kerana menyedari kedudukan anaknya sebagai orang ketiga, malah sudah berusaha menasihati namun tidak berjaya.Luahan hati Abby mengenai keadaan anaknya."Sejak awal lagi, hal Aslam dan Marissa ini saya tak pernah sebut pun tentang isterinya sebab saya memang tak nak cakap apa-apa tentang belah sana."Saya tahu dia pasti terluka dengan apa yang berlaku. Tapi bila jadi hal seperti ini dan bila Aslam serta Marissa teruskan juga sampai nikah di Thailand, saya berbunyi juga."Saya tak sokong pun anak saya sebab saya tahu dia bersalah sebab masuk dalam rumah tangga orang lain. Saya cuba tarik anak saya namun tidak berjaya," katanya dalam satu hantaran Thread.Katanya dia sudah cukup lama memberi muka kepada Marissa dan Aslam, namun Abby hanya ingin membela anaknya apabila timbul isu berkaitan pengesahan cerai serta rujuk sejak Isnin lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Walaupun tidak pernah dapat hak sebagai isteri, Marissa Dania tegas isu lama tak perlu dibangkitkanARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan pernah cerai secara taklik gara-gara persoal hubungan Aslam dan MarissaDia juga meluahkan rasa kesal apabila terdapat kenyataan yang seolah-olah menuduh dirinya tidak berusaha menghalang perkara tersebut daripada berlaku."Apa jadi selepas dua tahun? Disebabkan anak saya nak sangat pada Aslam yang saya juga tak tahu apa sebabnya, saya biarkan dua tahun berlalu. Namun tiba-tiba keluar pula cerita dia turun naik mahkamah tentang lafaz cerai dan rujuk."Apabila saya berbunyi lagi dan marahkan Aslam sebab mempermainkan anak saya, salah ke?"Selepas itu, tiba-tiba pula orang lain yang sebut pihak sana. Pihak sana pula sibuk menyalahkan saya dan kata saya itu ini. Dah nasihat tapi tak nak dengar, membantah? Nak jelaskan apa sebenarnya," luahnya. Anak saya memang bersalah sebab masuk dalam rumah tangga orang lain.ABBY ABADIPELAKONDalam masa sama, Abby menegeaskan dirinya hanya bertemu Umisya sebanyak dua kali sekali gus menyangkal dakwaan mereka kerap bertemu.Jelasnya, dia mengakui kesilapan yang dilakukan oleh Marissa namun berharap agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah hangat."Minta pihak sana buat laporan polis itu seakan-akan dituju pada saya. Tulis berkali-kali jumpa padahal baru dua kali."Pertama ketika Aslam ada hubungan dengan anak saya dan kedua selepas tahu mereka bernikah di Thailand.Kemelut rumah tangga Umisya, Marissa dan Aslam masih berpanjangan."Anak saya memang bersalah sebab masuk dalam rumah tangga orang lain tapi jangan berlebihan mereka cerita. Benda tiada jangan adakan," ujarnya.Untuk rekod kisah rumah tangga Marissa dan Aslam menjadi perhatian ramai selepas pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.Manakala Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada 2020 dan pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 5, Nuh, 4, dan Haya, setahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube