suria

Video spender merah diungkit semula, Sharifah Sakinah tenang tegur netizen... "Jumpa di syurga"

Sakinah sedia kongsi semula video lama.

PELAKON Sharifah Sakinah tampil menegur tindakan seorang netizen yang mengungkit kembali kisah lampaunya. 

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, dengan tenang berkata dia masih lagi mengingati kejadian tersebut dan tidak teragak-agak untuk berkongsi semula.

"Saya masih menyimpan memori itu. Jika ditemui, Insya-Allah akan saya kongiskan semula," katanya dalam satu hantaran di Threads. 

Sakinah tenang diungkit kisah lama.

Sakinah menjelaskan perkara itu sebagai respons terhadap seorang pengguna Threads dikenali sebagai Kertas Hijau yang mengimbau kembali kes pelakon berkenaan yang memakai seluar dalam berwarna merah di aplikasi Keek demi mengejar perhatian umum. 

Katanya, tindakan pada ketika itu merupakan satu bentuk percubaan awal dunia digital sebelum ia menjadi satu kebiasaan dalam kalangan orang ramai pada hari ini.

"Dahulu saya antara yang terawal bereksperimen sebelum semuanya menjadi arus biasa," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah, suami terpaksa PJJ demi kerjaya - “Kami akan tinggal sebumbung satu hari nanti”

ARTIKEL BERKAITAN: Sakinah bahagia tanpa media sosial, kehidupan peribadi bukan untuk tatapan umum

Malah dia juga berpendapat perubahan zaman membuatkan ramai orang menggunakan platform berkenaan untuk menarik perhatian, namun dia percaya setiap yang berlaku pasti ada pengajaran.

Tambahnya, perjalanan tersebut juga menjadikan dia insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

"Hari ini ramai memilih jalan perhatian, namun saya percaya baik atau buruk segalanya tetap membawa pelajaran.

Sakinah semakin matang dengan pengalaman lalu.

"Perjalanan ini mendidik saya daripada sekadar hiburan kepada sebuah titik tolak menjadi insan yang lebih matang dan berjaya.

"Tahniah, content anda akan meriah perhatian ramai, jumpa di syurga," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain