suria

Aktif di TikTok cara Adi Putra balas sokongan peminat, boleh jadi pengubat rindu

Adi mahu menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia digital.

SEMAKIN aktif di TikTok, pelakon Datuk Adi Putra menjelaskan langkah itu merupakan pendekatan baharu untuk berinteraksi dengan peminat, selain menyesuaikan diri dengan perkembangan dunia digital masa kini.

Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 45, berkata, kandungan yang dimuat naik di TikTok secara tidak langsung mampu mengubati kerinduan peminat, memandangkan dia kini jarang muncul di televisyen.

"Bila saya jarang keluar drama dalam televisyen, peminat boleh lihat saya di TikTok. 

Kandungan yang dimuat naik di TikTok berjaya menarik perhatian ramai.

"Walaupun tak banyak content, saya tak perlu bercakap pun tidak mengapa asalkan ada wajah saya. 

"Mungkin cara ini juga dapat hilangkan kerinduan peminat pada saya," katanya kepada mStar. 

Adi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Luka Di Hujung Setia yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk urus syarikat umrah, Adi Putra lebih selektif tawaran lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra degil tetap nak kerja walau sedang sakit, berehat apabila sudah tiba ajal

Dalam pada itu, Adi menegaskan penglibatannya di TikTok bukan bertujuan untuk meraih perhatian semata-mata, sebaliknya didorong oleh niat untuk berkongsi sesuatu yang lebih bermakna.

Tambahnya platform tersebut turut menjadi medium untuknya menghargai peminat, rakan industri serta pihak media yang banyak menyokong perjalanan kerjaya sejak dahulu.

"Tidak juga (tarik perhatian peminat), semuanya berbalik kepada niat. Ramai sudah perasan saya mula aktif bergiat dalam TikTok. 

"Sebenarnya saya nak sampaikan (mesej) beberapa perkara, bukan hanya berkaitan industri hiburan. 

"Ia juga menjadi salah satu cara bagaimana untuk saya menyumbang kepada peminat dan rakan-rakan industri serta media yang banyak membantu saya daripada awal kerjaya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain