TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul dakwaan kononnya penyanyi Lia Aziz telah hadir ke mahkamah syariah pada Isnin bagi urusan perkahwinannya dengan suami iaitu Arash Azimi.Enggan mengulas mengenai isu berkenaan, Lia atau Nur Aliah Farzana Abdul Aziz, 23, menegaskan hal rumah tangga terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum. "Biarlah saya dan keluarga sahaja yang tahu. Perkara ini saya tak kongsi sebab terlalu peribadi.Lia minta orang ramai hormat kisah peribadinya. "Saya pun belum boleh keluarkan apa-apa kenyataan," katanya ketika dihubungi mStar.Kisah rumah tangga Lia dan suami yang juga ahli kumpulan TreeHill ini ini pernah menjadi bualan selepas mereka dilihat tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial.Malah, dalam satu temu bual sebelum ini juga, kedua-duanya tidak menafikan atau mengiyakan spekulasi konflik dalam hubungan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa yang tahu, tahulah!” - Lia Aziz tak peduli spekulasi rumah tangga, masih boleh duduk semeja dengan suami ARTIKEL BERKAITAN: Arash dan Lia Aziz hanya berhubung hal kerja, selesa berdiam isu rumah tanggaDalam pada itu, penyanyi lagu Kucu Kuca ini turut memohon agar orang ramai tidak mudah membuat kesimpulan dan mendoakan yang terbaik buat mereka."Saya dan Arash pernah beri kenyataan sebelum ini dan jawapannya masih sama. Biarlah saya dan keluarga sahaja selesaikan.Hubungan Arash dan Lia jadi tanda tanya. "Jika ada yang buat spekulasi, saya minta doakan yang baik-baik sahaja. Semoga kami dapat selesaikan secara baik," ujarnya.Untuk rekod, Lia sah bergelar isteri kepada Arash yang juga anggota kumpulan Tree Hill pada 23 Julai 2022.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!