suria

Dituduh berdua-duaan dengan teman lelaki di rumah, Nia Atasha cuma ajak buat ‘content’ TikTok

GARA-GARA sering melakukan konten TikTok bersama, pelakon dan model Nia Atasha dituduh bersekedudukan dengan teman lelakinya iaitu Sky Iskandar.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Nia, 30, berkata salah faham itu mungkin timbul disebabkan mereka sering dilihat berdua-duaan di rumah ketika merakamkan konten berkenaan.

Akui Nia, dia memang tinggal bersendirian dan hanya ditemani dua ekor kucing peliharaannya.

Nia dan Sky sedang hangat bercinta.

"Cuma nak jelaskan, kami tidak tinggal bersama. Kami tidak bersekedudukan pun. Kami setaman, rumah dia pun dekat, itu sahaja.

"Tapi dalam video itu dia berada dalam rumah saya dan kami hanya buat TikTok bersama," katanya kepada mStar.

Nia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem Kata Hati yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Selasa.

ARTKEL BERKAITAN: Akhirnya impian jadi kenyataan, Nia Atasha bangga dipilih sebagai model pakaian dalam jenama terkenal

ARTKEL BERKAITAN: Qi Razali mahu teman wanita kejar cita-cita sebelum kahwin

Mengulas mengenai dakwaan dan komen negatif netizen, Nia berkata dia dan teman lelaki memilih untuk tidak terlalu mempedulikan perkara tersebut.

Menurutnya lagi, kebanyakan komen negatif hanya bersifat sementara dan bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan.

“Saya perasan saja tapi biasalah orang suka api-apikan. Tapi saya dengan Sky jenis yang tak kisah sebab itu tidak betul.

“Jadi kami tak rasa nak buat penjelasan atau apa pun. Biarlah apa orang nak fikir sebab kita tahu itu tidak betul,” jelasnya.

Nia sudah lalai kecaman.

Tambah Nia, dia sudah lali dengan persepsi dan label negatif sejak awal penglibatannya dalam dunia peragaan.

“Mungkin sebab sudah biasa. Saya sendiri pun sudah terbiasa sejak zaman modelling dulu bila orang label saya ‘seksi’ dan sebagainya.

“Jadi bila ada komen negatif, saya tidak terlalu ambil hati. Kalau ada yang tidak suka, itu hak mereka. Tapi ia tidak menjejaskan kesejahteraan mental saya,” luahnya.

Pada tahun lalu, Nia dan juga pelakon Sky Iskandar tanpa berselindung mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain