PENYANYI Izzrin Irfan tampil mempertahankan tindakannya memuat naik foto tanpa memakai baju di media sosial dengan menjelaskan ia merupakan sebahagian daripada tuntutan kerja.Menurut Izzrin, 26, perkongsian berkenaan bukan bertujuan untuk menagih publisiti ataupun memancing perhatian netizen gara-gara namanya dikatakan semakin tenggelam. Sebaliknya, tindakan berani itu dilakukan bagi memenuhi kehendak pasaran industri seni.Hantaran Izzrin mengundang kecaman netizen. "Itulah kehendak pasaran dalam industri ini. Jadi, ini cara saya menampilkan sebahagian daripada aset diri saya. "Kebanyakan projek dan produksi yang mendekati saya memang mahukan seseorang yang mempunyai fizikal yang baik dan mantap."Jadi, hantaran itu adalah salah satu daripada sesi fotografi profil saya. Itu bukan cara saya mencari populariti kerana sudah tenggelam," katanya Ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Izzrin Irfan genggam Master Eksekutif, kongsi kejayaan bersama bapaARTIKEL BERKAITAN: Izzrin Irfan dituduh persenda kanak-kanak sebelum beri duit raya, mengaku sekadar ‘content’Mengulas komen segelintir pihak yang kecewa dengan perubahan imejnya kerana sebelum ini dikenali dengan imej Islamik, Izzrin secara terbuka mengakui kesilapan tersebut."Saya akui salah, tapi saya buat hantaran itu hanyalah untuk kerja. Ya, saya tidak sarankan orang lain untuk buka aurat. Malah saya tidak marah kepada mereka yang tegur dan komen negatif," ujarnya. Sementara itu, menyentuh mengenai perkembangan seni, Izzrin berkata dia kini mahu lebih memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan. Izzrin kini mahu fokus kepada dunia lakonan. "Sekarang ini saya sudah bebas. Selepas ini kalau ada peluang untuk berlakon, apa salahnya kan? Saya nampak yang saya ini lebih berminat untuk berlakon daripada menyanyi."Nyanyian hanyalah suka-suka, kini saya mahu fokus berlakon. Jadi, sekarang ini saya cari peluang untuk berlakon," tambahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!