PENYANYI Aisha Retno mendapat pelbagai reaksi selepas namanya diumumkan sebagai watak utama dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), termasuk segelintir pihak yang mempertikaikan penampilannya memakai pendakap gigi.Menjawab perkara tersebut, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memberitahu dia sudah mencapai tempoh yang cukup untuk menggunakan pendakap gigi. "Pendakap gigi saya sudah sampai masa untuk dicabut paling awal Julai ini.Aisha tampil memberi respons di Threads. "Cukup tiga tahun memakai pendakap gigi," jelasnya membalas komen di Threads.Penyanyi itu juga memaklumkan dia hanya perlu memakai pengekang gigi atau retainer ketika pementasan PGLTM berlangsung yang dijadualkan pada Oktober nanti.Alat berkenaan kebiasaannya digunakan sebagai proses susulan rawatan selepas seseorang tidak lagi memakai pendakap gigi atau braces.ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno dipilih sebagai Puteri Gunung Ledang ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiara Jacquelina, Mila Mohsin pelakon kedua Puteri Gunung Ledang"Jadi, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ogos ini dan PGLTM Oktober nanti, insya-Allah pakai retainer sahaja," jelasnya.Sebelum ini, nama Aisha diumumkan sebagai watak Gusti Putri Retno Dumilah atau Puteri Gunung Ledang dalam pementasan teater berkenaan.Selain Aisha, pelakon Mila Mohsin turut diberi tanggungjawab membawa watak sama.Aisha dan Mila (kiri) diumum memegang watak PGL. Menganggap ia sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan, penyanyi ini juga berjanji akan berusaha menghidupkan watak berkenaan."Perkenalkan dua Puteri, Aisha dan Mila. Jumpa anda Oktober nanti."Kami akan berusaha untuk memenuhi harapan anda, akan kami galas sebaik-baiknya watak Gusti Puteri ini," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!