suria

“Yang bodoh itu awak” - Anak Bonda Rozita bersuara, pertahan isteri Aliff Syukri

Imani tampil mempertahankan kakak iparnya di media sosial.

ANAK Rozita Ibrahim tampil membidas kenyataan pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berhubung dakwaan dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan usahawan berkenaan.

Maryam Nur Imani menganggap kenyataan dikeluarkan Rebecca, 39, tentang keluarganya seolah-olah sedang bercakap kepada diri sendiri.

Malah Imani tanpa berselindung menyifatkan pelakon itu sebagai menjijikkan.

"Kata seorang yang gila pengikut dan kemasyhuran. Salah orang kau nak kacau?

Imani dalam satu kenyataan di Instastory pada malam Sabtu.

"Cakap dekat diri sendiri. Awak sangat menjijikkan," katanya menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

Imani turut memuat naik paparan skrin hantaran milik Rebecca yang meluahkan rasa geram terhadap seorang individu yang digelar makcik bodoh.

Rebecca turut menyifatkan individu berkenaan sudah salah orang hendak menganggunya.

Video dan hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada Shahida yang juga isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam berang dituduh tumpang populariti kakak ipar, panggil menantu Bonda Rozita ‘bodoh’

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto perkahwinan abang sulung, Rebecca Nur Al Islam sambut baik kedatangan Bonda Rozita

"Kaya tapi bodoh si makcik bodoh. Kau yang gila glamour! Gila content! Salah orang la kau nak kacau," tulisnya.

Dalam pada itu, Imani menegaskan Rozita atau Bonda Rozita sudah memberitahu Rebecca dia tidak selesa apabila pelakon itu menyiarkan gambar dan videonya di media sosial.

Bagaimanapun dakwa Imani pelakon itu tetap berdegil dan meneruskannya tanpa kebenaran.

"Dia menyatakan kepada anda sendiri dia tidak berasa selesa anda menyiarkan gambar dan video itu namun anda masih melakukannya.

Rebecca berkongsi foto bersama Rozita dan keluarga pada sambutan Aidilfitri lalu. 

"Saya rasa Datin (merujuk kepada Shahida) tak bodoh, yang bodoh itu awak.

"Awak tak faham apabila mak saya cakap dia tak nak sesiapa muat naik foto atau video tapi awak masih lakukannya," katanya.

Pada malam Jumaat, Rebecca muncul dengan sebuah video penjelasan bagi menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan usahawan tersebut.

Ia susulan Rebecca dilihat sering memuat naik foto pasangan berkenaan di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Apa mencuri perhatian, Rebecca memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dalam video berkenaan dipercayai milik Shahida. 

Rebecca tampil mempertahankan diri menerusi video penjelasan di IG miliknya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel. 

Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya bercerai dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim. 

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain