suria

[V] Zahnita rasa seperti ‘ditikam’ bekas rakan kongsi, tak puas hati kemungkinan jadi punca

TERASA seperti 'ditikam' oleh sahabat sendiri, pelakon dan model Zahnita Wilson bagaimanapun enggan berbalah dengan bekas rakan kongsi perniagaannya yang dikenali sebagai Nur Hanisah.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, sebaliknya memilih berdiam diri daripada menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Sudah tentu rasa seperti ditikam oleh kawan sendiri.

“Saya tak mahu berkata buruk tentang dia, apa yang saya katakan nanti dia kata saya putar belit.

Zahnita (kanan) memilih untuk berdiam diri.

“Apa yang saya cakap akan berbalik pada saya kembali, jadi lebih baik saya diam,” katanya kepada mStar.

Zahnita berkongsi perkara itu sejurus selesai prosiding kes rumah tangganya bersama suami iaitu Abdul Zackery Ghouse di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zahnita tidak menolak kemungkinan Hanisah melemparkan tuduhan buruk itu atas faktor tidak puas hati.

Malah, dia sendiri tidak mengetahui motif sebenar wanita berkenaan cuba untuk menjatuhkan reputasinya di mata umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebutan tiga kes rumah tangga Zahnita dan suami disambung tarikh baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terkejut dakwaan Zahnita bagi lelaki masuk rumah, jadi insiden tragik buat anak-anak

“Dia cakaplah apa-apa, saya memang takkan respon, mungkin itu faktor dia tak puas hati sebab tak boleh nak jatuhkan saya.

“Saya tak tahu apa motif dia sebenarnya, kenapa nak menjatuhkan saya?

“Saya cuba teruskan hidup tanpa ganggu sesiapa, nak hidup dengan tenang sahaja,” jelasnya.

Pada 10 April lalu, Hanisah mendakwa cerita Zahnita dianiaya suaminya sendiri iaitu Abdul Zackery Ghouse adalah tidak benar.

Sudah tentu rasa seperti ditikam oleh kawan sendiri.

ZAHNITA WILSON

PELAKON

Sebaliknya Zackery adalah individu yang sentiasa berada di belakang Zahnita memberikan semangat.

Pada pagi Jumaat, tiga kes rumah tangga melibatkan Zackery dan Zahnita disambung ke tarikh baharu.

Tiga kes tersebut adalah permohonan cerai, perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadanah atau hak lawatan serta hak bermalam.

Pada 3 Disember tahun lalu, Zahnita memfailkan cerai terhadap suaminya, Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Kenyataan yang pernah dibuat rakan kongsi Zahnita sebelum ini.

Kenyataan yang pernah dibuat rakan kongsi Hanisah sebelum ini.

Kemudian, Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Zahnita juga diberikan hak hadanah interim terhadap empat anaknya pada 6 Disember 2024.

Untuk rekod, Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain