PELBAGAI spekulasi timbul apabila suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin banyak mengeluarkan kenyataan berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Akui ia memberi kesan kepada dirinya, kata Zehra, 38, dia juga bimbang kisah ini akan menjadi bahan bacaan anaknya apabila besar nanti.
Malah dia juga meminta agar orang ramai tidak menjadikan kisah rumah tangganya sebagai bahan sensasi untuk diperkatakan.
Zehra enggan anak terkesan bila dewasa nanti.
“Saya ada anak kecil. Suatu hari nanti anak akan membaca kenyataan ini. Kenyataan fitnah oleh bapa dia sendiri.
“Jangan terus hentam apabila suami mengeluarkan spekulasi. Anda tak tahu bagaimana kehidupan saya bersama dia.
“Cukuplah jadikan musibah ini sebagai mainan kalian. Saya mohon ada sedikit empati,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak fitnah, kenyataan tentang rumah tangga pembelaan terhadap tuduhan Zehra Zambri
ARTIKEL BERKAITAN: Pengabaian antara punca Zehra Zambri fail cerai, suami mahu pertahan perkahwinan
Zehra ditemui ketika dia tiba di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Rabu bagi prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) terhadap permohonan cerai yang dibuat.
Tambah penyanyi ini sebagai seorang yang masih memegang status isteri, dia enggan bercakap buruk tentang suaminya itu.
“Dia keluarkan kenyataan yang telah aibkan saya. Itu hal dia untuk paparkan imej baik kepada netizen. Menang di mata netizen tidak ke mana.
Kami berhubung sebab anak.
ZEHRA ZAMBRI
PENYANYI
“Saya tetap dengan pendirian. Jaga aib dia selagi boleh. Dalam dewan mahkamah tempat saya cerita dan pertahankan diri,” jelasnya.
Dalam masa sama Zehra memaklumkan mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung selepas suaminya itu keluar rumah.
“Dah dua minggu saya tinggal dengan ibu bapa saya. Minggu lepas pula dia bawa keluar barang-barang dia.
“Kami berhubung sebab anak. Kalau dia rindu dia datang jumpa anak,” ujarnya.
Zehra dan suami berhubung demi anak.
Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Iqwan pada 7 Mac.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahiyah Iqleela berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!