suria

[V] Suami setuju lafaz talak, tapi minta gugurkan 4 tuntutan dibuat Zehra Zambri

SUAMI penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin sedia melafazkan cerai bagi menamatkan kemelut rumah tangga mereka. 

Bagaimanapun menurut Zehra, 38, keputusan tersebut disertakan dengan syarat agar dia menggugurkan empat tuntutan cerai yang dibuat. 

“Dia ada sebut kerelaan untuk cerai tetapi meletakkan syarat. Ada beberapa tuntutan dia minta pinda,” katanya kepada mStar. 

Zehra ketika hadir ke mahkamah pada Rabu.

Zehra ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi selepas prosiding lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Rabu. 

Antara tuntutan yang diminta untuk pinda adalah berkaitan nafkah serta dakwaan berlaku keganasan rumah tangga.

Dalam masa sama lafaz cerai juga tidak boleh dibuat pada prosiding berkenaan kerana Zehra dalam keadaan haid. 

Enggan bersetuju dengan syarat tersebut, Zehra tetap mahu memperjuangkan haknya dalam menuntut cerai terhadap Iqwan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zehra Zambri tutup aib suami, tidak lagi tinggal sebumbung

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak fitnah, kenyataan tentang rumah tangga pembelaan terhadap tuduhan Zehra Zambri

“Saya tidak terima dengan syarat itu. Saya ada sebab dan justifikasi sendiri. 

“Kalau ikutkan syarat itu bermakna saya beri kemenangan kepadanya. Saya tidak boleh mengalah sedangkan dah tunggu berbulan-bulan. 

“Saya tahu ini akan ambil masa panjang. Tetapi saya perlu teguh dengan pendirian. Semoga dia lembut hati nak lepaskan agar saya boleh besarkan anak dengan keadaan mental yang sihat,” ujar. 

Saya tidak boleh mengalah sedangkan dah tunggu berbulan-bulan. 

ZEHRA ZAMBRI

PENYANYI

Dalam prosiding yang berlangsung, Zehra melantik bapanya iaitu Zambri Ahmad senagai wakil JKP. 

Sementara itu wakil Iqwan tidak dapat hadir atas alasan kecemasan. 

Mahkamah menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan laporan JKP. 

Zehra dan Iqwan mempunyai seorang cahaya mata bersama.

Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Iqwan pada 7 Mac. 

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahiyah Iqleela berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain