suria

Kecoh! Fara Mendoza tidak sensitif kongsi video rawatan ‘brazilian wax’ tayang bahagian sulit

Tindakan Fara menunjukkan bahagian privasi mengejutkan ramai pihak.

PELAKON Fara Mendoza muncul dengan kontroversi baharu apabila berkongsi melalui media sosialnya satu kaedah rawatan menghilangkan bulu pada anggota badan yang turut menampakkan bahagian ketiak dan kemaluan.

Fara atau Norfaralinah Md Yunus, 37, dipercayai melakukan rawatan yang dikenali sebagai ‘brazilian wax’ di sebuah pusat kencantikan dan berkongsi pengalaman melakukan prosedur tersebut kepada pengikut media sosialnya.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu pada awalnya menunjukkan proses membuang bulu di tiga kawasan tubuh iaitu ketiak yang turut menampakkan wajahnya.

Dalam perkongsian itu, turut kelihatan bagaimana rawatan berkenaan dilakukan pada bahagian kemaluan serta kaki.

Netizen terkejut melihat perkongsian Fara (kanan) di Instastory.

Netizen terkejut melihat perkongsian Fara (kanan) di Instastory.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada visual pada bahagian sensitif itu merupakan dirinya atau orang lain kerana video berkenaan tidak menunjukkan keseluruhan tubuh pelakon itu.

‘Brazilian wax’ merupakan rawatan menghilangkan rambut pada bahagian badan termasuk kawasan sekitar kemaluan, paha dan punggung agar ia kelihatan licin.  

Perkongsian itu hangat dibincangkan orang ramai menerusi aplikasi Threads yang rata-rata berasa marah dan jijik dengan perkongsian berkenaan jika benar individu itu ialah Fara Mendoza.

Ramai tidak percaya dengan apa mereka lihat selain tidak percaya wanita itu boleh melalukan perkara sedemikian jika benar imej pada bahagian kemaluan itu adalah dirinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ingat saya stress ke dengan fitnah?” - Fara Mendoza nafi foto bogel, mahu ambil tindakan undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Tuduh Fara Mendoza Wanita Murahan

“Bukan perkara baru Fara muncul dengan kontroversi tapi kali ini rasanya memang melampau.

“Di mana hilangnya rasa malu pada diri dia? Memang terkejut beruk apabila melihat Instastory dia.

“Seriuslah Fara Mendoza promo waxing sampai kena tunjuk macam tu,” tulis netizen.

Sejak awal kemunculan dalam industri seni, Fara seperti tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Nama Fara sering kali terkait dengan pelbagai kontroversi.

Nama Fara sering kali terkait dengan pelbagai kontroversi.

Dia  pernah terkait dengan kontroversi foto tanpa seurat benang yang tular menerusi aplikasi Telegram namun tampil menafikan bahawa dia adalah wanita berkelakuan tidak senonoh itu. 

Pelakon ini juga pernah mencetuskan kontroversi selepas mendedahkan dia digoda oleh seorang aktor menerusi aplikasi sosial WeChat. 

Menurutnya aktor itu dilaporkan sanggup mengumpannya dengan beg berjenama atas tujuan untuk memikat. 

Bagaimanapun isu tersebut dinafikan oleh pelakon tersebut yang mendakwa tidak pernah mengenali siapakah Fara Mendoza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain