ISTERI penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil menegur individu yang didakwa cuba merebut perhatian anak-anaknya.
Dr Afifah menegaskan anak-anak adalah miliknya dan memberi amaran kepada orang luar agar tidak berlebihan dalam membahagikan kasih sayang.
"Bolehkan masing-masing sayang anak sendiri? Bibik (pembantu rumah) ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri. Tak perlu berebut sangat anak Fie (panggilan Dr Afifah).
"Tapi kalau kahwin orang muda bolehlah buat anak baru. Kita ini bukan ibu tumpang tau, itu anak-anak Fie. Tak perlu sayang beria sangat wahai orang-orang luar.

Perkongsian Dr Afifah di Threads miliknya.
"Okay tak Bahasa Melayu ni? Nampak kasar tak? Nampak macam mangsa keadaan tak?," katanya.
Dr Afifah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Ahad.
Dalam pada itu, Dr Afifah turut mempertikaikan tindakan individu berkenaan yang didakwa memuat naik dan ‘pin’ foto bersama anaknya di Instagram sehingga menimbulkan rasa kurang senang.
Malah, Dr Afifah turut memberi bayangan bahawa individu tersebut mempunyai kaitan sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah rayu Nubhan pilih jalan damai demi anak-anak... “Dulu sayalah penyokong terbesar awak”
ARTIKEL BERKAITAN: Orang ketiga bukan punca cerai, Nubhan belum sedia beri kenyataan
"Siapa benarkan pin muka anak-anak Fie ni? Ini anak dia ke anak Fie? Terima kasih orang screenshot kan.
"Kita dah block dia. Penat dengan orang ketiga ni, gembira atas penderitaan orang lain," ujarnya.
Sebelum ini, Dr Afifah meluahkan rasa kecewa terhadap situasi yang melanda dalam hubungan rumah tangganya bersama Nubhan.
Kata Dr Afifah, dia tidak menyangka segala kepercayaan dan kasih sayang diberikan selama ini berakhir dengan cara tidak diingini.
Pada 5 November lalu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Peguam yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memakumkan tuntutan berkenaan difailkan terhadap Dr Afifah pada September lalu.

Dr Afifah memberi teguran buat individu yang digelar sebagai orang ketiga.
Sebelum itu, Nubhan turut memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


