PENYANYI Nubhan dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sah bercerai dengan talak kedua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Selasa.
Perkara itu diputuskan oleh Hakim Tuan Umamuddin Yunus apabila Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, melakukan dua kali lafaz cerai di luar mahkamah.
Menurut peguam mewakili Nubhan iaitu Mohd Redzuan Ramli Dr Afifah dipercayai sudah selesai menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci.

Dr Fie dipercayai sudah selesai menjalani tempoh edah.
“Nubhan mengesahkan terdapat dua lafaz cerai di luar mahkamah dan mahkamah telah sahkan lafaz cerai pertama pada 19 Januari 2017 dan berlaku rujuk pada 21 Januari 2017. Untuk kali kedua lafaz cerai berlaku pada 26 Ogos 2025.
“Mahkamah mengesahkan dua lafaz cerai dan rujuk tersebut. Pihak defendan (Dr Fie) diperintahkan untuk melalui proses idah bermula 26 Ogos dan kemungkinan telah habis,” katanya kepada mStar.
Nubhan dan peguamnya ditemui selepas selesai prosiding pengesahan lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terima kasih Nubhan! Dr Afifah lega dapat hak penjagaan penuh tiga anak
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hentikan spekulasi, Nubhan rela salahkan diri sendiri... “Orang luar hanya tahu sedikit sahaja”
Sementara itu, peguam Dr Fie iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihaknya bersedia untuk berunding dengan Nubhan berkaitan isu melibatkan harta pencarian, mutaah dan nafkah anak.
“Kita akan cuba berunding dengan pihak plaintif. Kalau dapat capai kata sepakat, kita akan terus rekodkan di mahkamah,” katanya,
Terdahulu, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, membabitkan lafaz yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Nubhan dan Dr Fie berkahwin pada Ogos 2015.
Untuk rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


