ISTERI kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail, memilih untuk tidak memberikan sebarang komen susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap suaminya.Reda menerima keputusan tersebut, Hana, 39, turut menyebut bahawa dia menyerahkan segala urusan kepada peguam yang telah dilantik. “Tiada komen, insya-Allah saya kuat dan Allah akan urus serta permudahkan segala urusan.Hana hadir di mahkamah menemani suaminya. “Saya serahkan semuanya kepada peguam dan hanya berdoa kepada Allah sahaja. Insya-Allah, saya bertawakal,” katanya kepada mStar.Hana berkongsi perkara itu secara ringkas ketika ditemui petugas media sejurus selesai prosiding rayuan kes rogol melibatkan suaminya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada pagi Jumaat.Dia hadir menemani suaminya di mahkamah bagi mendengar keputusan rayuan dan kelihatan tenang ketika bertemu media.ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed menangis, gagal rayuan… Hukuman penjara dan sebat kekal ARTIKEL BERKAITAN: Kurang sebulan jalani hukuman penjara, Da’i Syed dilepaskan sementara… Rayuan kes rogol 24 SeptemberKeputusan mahkamah menetapkan Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, kekal bersalah atas kesalahan merogol seorang wanita pada tahun 2019.Sabitan dan hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini, iaitu penjara 10 tahun serta tiga sebatan, dikekalkan.Syed juga diperintahkan untuk menjalani hukuman bermula hari ini dan dibawa terus ke Penjara Kajang.Syed dibawa terus ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman. Hakim Datuk Adlin Abdul Majid menegaskan keputusan Mahkamah Sesyen dibuat berasaskan bukti kukuh serta penilaian tepat terhadap keseluruhan kes pendakwaan dan pembelaan.Untuk rekod, pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah bilik kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam, pada 11 September 2019 jam 1.35 pagi.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Syed selepas didapati bersalah.Namun, dia dilepaskan sementara bermula 20 September 2024 sehingga prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube