suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo diusung keluar, alami kecederaan sebelum rai kemenangan dengan Al-Nassr

Ronaldo rai kemenangan selepas perlawanan akhir Piala Juara Kelab Arab 2023 antara Al-Nassr dan Al-Hilal.

CRISTIANO Ronaldo menangis ketika dikeluarkan akibat kecederaan yang dialami semasa perlawanan akhir Piala Juara Kelab Arab 2023 antara Al-Nassr dan Al-Hilal.

Ronaldo, yang menjaringkan dua gol untuk membantu Al-Nassr menewaskan Al Hilal, mengalami kecederaan lutut dan diusung keluar pada separuh masa kedua masa tambahan.

“Amat berbangga membantu pasukan memenangi trofi penting ini buat kali pertama. Terima kasih kepada semua orang dalam kelab yang terlibat dalam pencapaian hebat ini.

"Terima kasih kepada keluarga serta rakan-rakan kerana sentiasa berada di sisi saya! Sokongan hebat oleh peminat kami! Ini juga milik anda,” tulisnya di media sosial.

Penyerang Manchester United, Alejandro Garnacho turut menghantar mesej kepada Ronaldo selepas Al Nassr memenangi Piala Arab.

Malah, pemain berusia 38 tahun itu turut dihujani mesej ucapan tahniah daripada peminat di seluruh dunia. - Indian Express.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain