suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar jalani pemeriksaan kesihatan, sah bakal sertai Al-Hilal

Neymar bakal mengikat kontrak dua tahun bersama Al-Hilal. -Gambar Skysports

KELAB Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menandatangani Neymar.

Pemain antarabangsa Brazil itu, yang akan menandatangani kontrak selama dua tahun, dikhabarkan menjalani pemeriksaan kesihatannya pada Isnin dan dijangka menyelesaikan perpindahannya ke kelab Arab Saudi itu dalam tempoh 48 jam akan datang.

Sumber yang rapat dengan PSG berkata kelab itu bersedia menerima sehingga £86.3 juta (RM505 juta) untuk 'melepaskan' Neymar.

Neymar dijangka akan memperoleh £129.4 juta (RM757.9 juta) setahun di Arab Saudi, iaitu enam kali ganda jumlah yang dia perolehi di PSG.

Perpindahan Neymar ke kelab tersebut menjadikannya bintang terkemuka terbaharu berhijrah ke Arab Saudi, bermula dengan Cristiano Ronaldo tahun lalu, dan disertai Karim Benzema, Jordan Henderson dan Sadio Mane tahun ini. -Skysports.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Neymar, Al-Hilal, bintang Brazil,

Artikel Lain