suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia pernah dianggap gila” - Neymar puji Ronaldo, perpindahan ke Arab Saudi buka mata pemain bola yang lain

Neymar (kanan) anggap Ronaldo (kiri) sebagai pencetus trend perpindahan ke Liga Saudi.

NEYMAR menganggap Cristiano Ronaldo sebagai pencetus trend yang menyaksikan ramai pemain bola sepak mula membuka mata untuk menyertai kelab-kelab di Arab Saudi.

Terbaharu, Neymar, 31, yang juga bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) turut menyertai kelab Al-Hilal dengan kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Pro Saudi itu.

Menurut Neymar, Ronaldo dikecam teruk ketika awal perpindahannya ke Saudi sehingga digelar 'gila' oleh segelintir pihak.

"Ronaldo merupakan pencetus trend yang membawa perubahan dalam liga Saudi. Ketika awal penyertaan, dia pernah dianggap gila. Kini anda boleh tengok pembangunan liga itu.

"Saya tak sabar nak bersemuka dengan Ronaldo dan pasukannya," ujar Neymar.

Neymar dijangka akan memperoleh £129.4 juta (RM757.9 juta) setahun di Arab Saudi, iaitu enam kali ganda jumlah yang dia perolehi di PSG.

Untuk rekod, Ronaldo menyertai Al-Nassr selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya bersama Manchester United pada November lalu. - Sports Keeda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain