suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara bela Palestin, Benzema dituduh ada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin... Pertimbang saman menteri Perancis

Benzema menyatakan sokongannya kepada rakyat Palestin selepas negara itu diserang secara berterusan oleh Israel. -Gambar Getty Images

MENTERI Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin menuduh pemenang Anugerah Ballon d'Or musim lalu, Karim Benzema, mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin iaitu sebuah kumpulan agama dan politik di Mesir.

Dalam wawancara di televisyen, Darmanin berkata: "Kami menutup 1,100 pertubuhan Islamis. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini Benzema dikaitkan. Kita semua tahu tentang kumpulan terkenal Ikhwanul Muslimin," katanya.

Darmanin bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

Dakwaan Darmanin menyusul selepas Benzema menyatakan sokongannya kepada rakyat Palestin.

Ia dibuat berikutan negara itu diserang secara berterusan oleh Israel, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 3,500 rakyat Palestin terkorban, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

"Doa kami dititipkan kepada penduduk Gaza, mangsa pengeboman tidak adil yang menindas wanita mahupun kanak-kanak," tulis Benzema di laman X pada Ahad.

Dalam laporan Dailysport, Benzema yang kini beraksi bersama Al-Ittihad, difahamkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri berkenaan. -CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain