suria

Bosan percutian biasa? Kaki travel boleh teroka 5 destinasi dunia tanpa malam, matahari tak terbenam

Norway menjanjikan pemandangan yang memukau kepada pelancong.

MATAHARI terbenam lazimnya menjadi isyarat untuk manusia berehat selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti pada waktu siang.

Namun, bagaimana agaknya situasi jika matahari tidak pernah melabuhkan tirainya?    

Di beberapa bahagian dunia semasa musim panas, fenomena luar biasa ini dikenali sebagai Midnight Sun, di mana cahaya siang berterusan tanpa henti walaupun malam menjelma. 

ARTIKEL BERKAITAN: Travel dengan agensi, satu famili 'selfish' enggan ikut itinerari tahu nak 'shopping' je! Siap hasut orang lain

Fenomena ini terjadi kerana kecondongan bumi, yang menyebabkan matahari kekal berada di atas ufuk di kawasan berhampiran Kutub Utara.

Hasilnya? Tiada malam dan langit sentiasa terang, seolah-olah masa terhenti.

Berikut ialah lima destinasi menakjubkan di dunia yang mengalami Midnight Sun:

1. Norway 

HANDOUT - Bodø skyline: The cultural capital north of the Arctic Circle has 54,000 inhabitants. Photo: Visit Bodø/dpa-tmn - ACHTUNG: Nur zur redaktionellen Verwendung im Zusammenhang mit dem genannten Text und nur bei vollständiger Nennung des vorstehenden CreditsPemandangan bandar Bodo di Norway.

Terletak dalam Lingkaran Artik, Norway hampir sinonim dengan Midnight Sun. Dari Mei hingga Julai, negara ini mengalami sekitar 76 hari cahaya siang tanpa henti. Lokasi terbaik jika melancong ke Norway adalah Hammerfest, antara bandar paling utara di dunia.

Penduduk tempatan atau pelancong lazimnya melakukan aktiviti seperti berkayak lewat malam, minum kopi, menaiki bot dan mendaki.

Bagaimanapun, tidur boleh terganggu dan pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit.

2. Utqiaġvik, Alaska 

In an undated image provided by Chris Miller, an image of the northern lights in Juneau, Alaska, shows what a camera with a longer exposure captures. As astrotourism booms, the northern lights get a boost from digital photography. (Chris Miller via The New York Times) Ñ NO SALES; FOR EDITORIAL USE ONLY WITH NYT STORY AURORA BOREALIS EXPLAINER BY ELAINE GLUSAC FOR JAN. 14, 2025. ALL OTHER USE PROHIBITED. ÑFenomena Northern Light memukau di Alaska.

Dahulunya dikenali sebagai Barrow, Utqiaġvik ialah bandar paling utara di Amerika Syarikat. Dari akhir Mei hingga awal Ogos, bandar ini tidak mengalami kegelapan langsung, iaitu lebih 80 hari berturut-turut matahari kekal memancarkan sinar.

3. Lapland, Finland

Musim salji di Lapland, Finland.

Di Lapland, Finland Utara, Midnight Sun berlarutan selama hampir empat bulan, dari Mei hingga Ogos. Matahari hanya 'menyentuh' ufuk, tanpa benar-benar tenggelam.

Menjadi antara lokasi popular dalam kalangan pengunjung untuk menyaksikan fenomena Northern Lights.

Antara aktiviti yang lazim dilakukan waktu ini adalah memancing, berbasikal, dan berkelah di bawah cahaya matahari yang tidak pernah padam.

4. Wilayah Yukon, Kanada 

An early-spring flightseeing experience reveals the nearly inaccessible ice fields, mountains and glaciers of Yukon's Kluane National Park. (Alan Solomon/Chicago Tribune/TNS)Hamparan salji di Yukon.

Terletak berhampiran Bulatan Artik, Yukon menikmati cahaya matahari berpanjangan sepanjang musim panas.

Anda pasti terpukau dengan pemandangan gunung yang indah, sungai berliku dan hutan yang luas.

Yukon juga terkenal dengan acara unik iaitu Kejohanan Golf Midnight Sun, di mana pemain bermain golf pada tengah malam!

Fenomena ini menjadikan Yukon syurga bagi pencinta alam dan jurugambar.

5. Sweden 

Nordic countries like Norway and Sweden are promoting 'coolcations', attracting visitors to their temperate climates. — AFPPelancong yang teruja merasai keindahan dan keajaiban Sweden boleh merancang percutian antara Mei hingga Julai. 

Seperti jirannya iaitu Norway dan Finland, Sweden turut mengalami musim panas yang panjang, terutama di bahagian utara.

Dari akhir Mei hingga pertengahan Julai, matahari hampir tidak pernah hilang dari langit.

Penduduk tempatan lazimnya meraikan perayaan popular, Midsommar iaitu pesta outdoor dengan melakukan aktiviti seperti tarian keliling kutub bunga dan mahkota bunga. 

Jika anda ingin melangkah ke dunia tanpa malam, inilah masa yang tepat untuk merancang perjalanan ke salah satu destinasi ajaib ini sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah. 

Artikel Lain